Tupai terbang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tupai terbang (secara saintifiknya dikenali sebagai Pteromyini atau Petauristini) ialah suku bagi 50 spesies tupai dalam keluarga Sciuridae. Sungguhpun namanya demikian, mereka sebenarnya tidak mampu terbang sepenuhnya seperti burung atau kelawar, tetapi dapat meluncur dari satu pokok ke pokok lain dengan bantuan patagium, iaitu selaput kulit berbulu yang meregang dari pergelangan tangan ke buku lali. Ekor panjangnya turut memberikan kestabilan ketika meluncur.[1] Secara anatomi, mereka sangat mirip dengan tupai lain dengan beberapa penyesuaian untuk disesuaikan dengan gaya hidup mereka; tulang anggotanya lebih panjang, dan tulang tangan, tulang kaki dan vertebra hujungnya pula lebih pendek. Tupai terbang mampu mengemudi dan mengawal laluan meluncurnya dengan anggota dan ekornya.
Tupai terbang Julat zaman: Oligosen Awal – kini | |
---|---|
Tupai terbang utara (Glaucomys sabrinus) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Rodentia |
Keluarga: | Sciuridae |
Subkeluarga: | Sciurinae |
Tribus: | Pteromyini Brandt, 1855 |
Genus | |
Aeretes |
Kajian molekul menunjukkan tupai terbang adalah monofiletik (daripada satu filum/klad tanpa cabang dalam filum itu) dan berasal sekitar 8–20 ribu tahun lalu. Genus Paracitellus adalah keturunan terawal tupai terbang yang wujud sejak era Oligosen Akhir.[1] Kebanyakannya adalah nokturnal dan maserba, makan buah, benih, tunas, bunga, serangga, gastropod, lelabah, kulat, telur burung, sap pokok dan anak burung. Anaknya lahir di dalam sarang dan awalnya telanjang dan tak berdaya. Mereka dijaga oleh ibunya dan dalam lima minggu sudah mampu berlatih kemahiran meluncurnya lalu dalam sepuluh minggu mereka siap meninggalkan sarang.