![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a5/Flower_poster_2.jpg/640px-Flower_poster_2.jpg&w=640&q=50)
Bunga
anggota tumbuhan yang digunakan untuk pembiakan dan juga boleh berubah bentuk menjadi buah / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bunga (Jawi: بوڠاcode: ms is deprecated ; kata ganda: bunga-bungaan بوڠا-بوڠاءن) atau kembang (Jawi: کمبڠcode: ms is deprecated ) ialah struktur pembiakan untuk tumbuh-tumbuhan dalam divisi Angiosperma. Bunga mengandungi organ-organ yang menghasilkan biji-biji benih tumbuhan yang baharu melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan keturunan yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji ini.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a5/Flower_poster_2.jpg/640px-Flower_poster_2.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/50/Chinese_hibiscus.jpg/320px-Chinese_hibiscus.jpg)
Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.