Perdana Menteri Jepun ke-77 From Wikipedia, the free encyclopedia
Toshiki Kaifu (海部 俊樹 , Kaifu Toshiki, 2 Januari 1931 – 9 Januari 2022) ialah seorang ahli politik Jepun yang merupakan Perdana Menteri Jepun dari 1989 hingga 1991.[1]
Toshiki Kaifu | |
---|---|
海部 俊樹 | |
Perdana Menteri Jepun ke-77 | |
Dalam jawatan 10 Ogos 1989 – 5 November 1991 | |
Raja | Akihito |
Didahului oleh | Sōsuke Uno |
Digantikan oleh | Kiichi Miyazawa |
Ahli Dewan Perwakilan untuk Daerah Aichi ke-9 | |
Dalam jawatan 20 November 1960 – 21 Julai 2009 | |
Digantikan oleh | Mitsunori Okamoto |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 14 Oktober 1991 – 5 November 1991 | |
Didahului oleh | Ryutaro Hashimoto |
Digantikan oleh | Tsutomu Hata |
Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 28 Disember 1985 – 22 Julai 1986 | |
Perdana Menteri | Yasuhiro Nakasone |
Didahului oleh | Hikaru Matsunaga |
Digantikan oleh | Masayuki Fujio |
Dalam jawatan 24 Disember 1976 – 28 November 1977 | |
Perdana Menteri | Takeo Fukuda |
Didahului oleh | Michio Nagai |
Digantikan oleh | Shigetami Sunada |
Didahului oleh | Seiroku Kajiyama |
Digantikan oleh | Hyosuke Kujiraoka |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nagoya, Jepun | 2 Januari 1931
Mati | 9 Januari 2022 91) Tokyo, Japan | (umur
Parti politik | Parti Demokratik Liberal (1960–1994, 2003–2022) |
Gabungan politik lain | Parti Sempadan Baharu (1994–1997) "Perhimpunan Bebas" (1997–1998) Parti Liberal (1998–2000) Parti Konservatif (2000–2002) Parti Konservatif Baharu (2002–2003) |
Tempat belajar | Universiti Chuo Universiti Waseda |
Tandatangan | |
Kaifu dilahirkan di Bandar Nagoya pada 2 Januari 1931. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Penerbangan Lelaki pada 1945. Beliau akan diputuskan untuk memasuki sekolah pada Oktober, tetapi sebelum sempat itu terjadi, Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia Kedua.[2]
Beliau mendapat pendidikan lanjut di Universiti Chuo dan Universiti Waseda.[3]
Seorang ahli Parti Demokratik Liberal (LDP), Kaifu berjaya meraih kerusi pada pilihan raya umum 1960 Jepun dan mengambil alih jawatan sebagai ahli termuda Diet Kebangsaan.[4] Beliau berkhidmat selama enam belas tempoh, berjumlah 49 tahun secara keseluruhan. Kaifu merupakan Menteri Pendidikan sebelum meningkat naik untuk memimpin parti itu selepas peletakan jawatan Takeshita Noboru dan Sōsuke Uno.[5] Menghadapi Yoshiro Hayashi dan Shintaro Ishihara,[6] Kaifu dipilih di pelantar kepimpinan yang bersih.[7][8] Beliau menjadi Perdana Menteri Jepun ke-76 pada Ogos 1989.[9]
Pada 10 Ogos 1991, Kaifu menjadi pemimpin pertama sebuah negara besar yang membuat lawatan rasmi ke China dan memecahkan pengasingan diplomatik China selepas Peristiwa Dataran Tiananmen pada 4 Jun 1989.[10] Kaifu menamatkan penyertaan Jepun dalam sekatan ekonomi terhadap China dan menawarkan $949.9 juta dalam pinjaman dan tambahan $1.5 juta dalam bantuan kecemasan berikutan kerosakan banjir di selatan China pada Jun dan Julai.[11] Pada 1991 beliau menghantar Angkatan Mairitim Pertahanan Diri ke Teluk Parsi selepas tercetusnya Perang Teluk.[12]
Sepanjang dua tempoh Kabinetnya, puak Kaifu terlalu kecil untuk meneruskan pembaharuan yang dicarinya, dan kesan berterusan daripada skandal Sagawa Express menyebabkan masalah. Beliau meletak jawatan pada November 1991 dan digantikan oleh Kiichi Miyazawa.[13]
Pada 1994, beliau meninggalkan LDP untuk menjadi ketua Parti Sempadan Baharu yang baru ditubuhkan.[14][15] Beliau menyokong parti Ichirō Ozawa sehingga beliau kembali ke LDP pada 2003.[16] Beliau dikalahkan dalam pilihan raya 2009 oleh calon DPJ Mitsunori Okamoto,[17] yang menyaksikan berakhirnya penguasaan LDP yang memerintah hampir tidak dicabar sejak 1955. Pada masa kekalahannya, beliau merupakan yang paling lama berkhidmat sebagai ahli dewan rendah Diet Jepun, dan beliau juga merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang dikalahkan pada pemilihan semula sejak 1963.[18]
Kaifu meninggal dunia pada umur 91 tahun pada awal pagi 9 Januari 2022 di sebuah hospital di Tokyo, namun perkara ini diumumkan kepada media hanya pada 14 Januari.[19][20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.