spesies tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Titisan salji (Galanthus nivalis) ialah spesies tumbuhan berbunga paling terkenal dan tersebar luas dalam genus Galanthus yang terdiri daripada 20 spesies. Titisan salju ini antara bebawang terawal yang kembang pada musim bunga dan akan membentuk hamparan putih yang indah di kawasan di mana ia berasal atau disebarkan. Ia tidak seharusnya dikelirukan dengan "bunga emping salji" dalam genus Leucojum dan Acis.
Titisan salji | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Asparagales |
Keluarga: | Amaryllidaceae |
Subkeluarga: | Amaryllidoideae |
Genus: | Galanthus |
Spesies: | G. nivalis |
Nama binomial | |
Galanthus nivalis | |
Julat G. nivalis wujud, tetap | |
Sinonim[2] | |
|
Nama "titisan salji" sepertinya adalah terjemahan langsung bagi nama Inggerisnya snowdrop. Di Indonesia, ia disebut sebagai tetesan salju[3] atau tetes salju. Ia selari dengan nama setempat Rusia подсне́жник: rodsnyezhnik[4] yang diberikan kerana pertumbuhannya di bawah timbunan salji (под снег rod sneg) yang mencair sejurus musim bunga.[5]
Nama generiknya Galanthus, daripada bahasa Yunani gala (susu) dan anthos (bunga), diberikan oleh Carl Linnaeus kepada genus itu pada 1735. Beliau memerikan Galanthus nivalis dalam Species Plantarum karya beliau yang diterbitkan pada 1753. Julukan nivalis pula bermaksud "daripada salji", merujuk sama ada kepada bunganya yang bak salji ataupun perbungaan awal tumbuhan ini.[6]
Nama Inggerisnya "snowdrop" pula julung kali muncul dalam Great Herbal oleh John Gerard keluaran 1633 (dalam keluaran sulung (1597), beliau memerikannya sebagai "Timely flowring Bulbus violet"). Asal-usul namanya tidak jelas, sungguhpun ia boleh datang daripada kata Jerman Schneetropfen, iaitu sejenis anting-anting yang terkenal sekitar waktu itu.[7] Nama tradisional Britishnya termasuk February fairmaid, dingle-dangle, Candlemas bell, Mary's taper[8] dan, di sebahagian Yorkshire, snow piercer (semacam nama Perancisnya, perce-neige ).[9]
Galanthus nivalis ini banyak ditanam di kebun-kebun, lagi-lagi di utara Eropah, dan disebarkan dengan meluas di hutan jarang di kawasan di mana ia tumbuh. Walau bagaimanapun, ia tempatan di kawasan besar di Eropah, dari Sepanyol di barat, lalu ke arah timur ke Ukraine. Ia tempatan di Albania, Armenia, Austria, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Georgia, Jerman, Hungary, Itali, Poland, Makedonia, Moldova, Montenegro, Perancis, Romania, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Turki, Ukraine dan Yunani. Ia dikatakan telah disebarkan di Great Britain, Belgium, Belanda, Norway, Sweden, dan sebahagian Amerika Utara (Newfoundland, New Brunswick, Ontario, Massachusetts, Alabama, Pulau Rhode, Connecticut, Delaware, Indiana, Washington, New York, Michigan, Utah, New Jersey, Ohio, Pennsylvania, Maryland, Virginia dan Carolina Utara).[10][11]
Sungguhpun sering disebut sebagai bunga liar tempatan British, atau telah dibawa ke kepulauan British oleh orang Rom, kini dikatakan yang ia mungkin telah diperkenalkan lebih lewat, agaknya sekitar awal abad keenam belas.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.