The Danish Girl
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Danish Girl ialah filem drama romantik biografi 2015 arahan Tom Hooper, berdasarkan dari novel 2000 dengan judul sama oleh David Ebershoff, dan diilhamkan oleh kisah hidup pelukis Denmark Lili Elbe dan Gerda Wegener.[4] Filem ini dibintangi oleh Eddie Redmayne sebagai Elbe, Alicia Vikander sebagai Wegener, dan Sebastian Koch sebagai Kurt Warnekros, dengan Ben Whishaw, Amber Heard, dan Matthias Schoenaerts dalam peranan pembantu.
The Danish Girl | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Tom Hooper |
Lakon layar | Lucinda Coxon |
Berdasarkan | The Danish Girl oleh David Ebershoff |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Danny Cohen |
Disunting oleh | Melanie Ann Oliver |
Muzik oleh | Alexandre Desplat |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Focus Features (Amerika Syarikat) Universal Pictures (Antarabangsa) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 119 minit[1] |
Negara |
|
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $15 million[2] |
Pecah panggung | $64.2 juta[3] |
Filem ini turut serta di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-72,[5][6] dan ia telah dipertontonkan semasa Persembahan Khas Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015.[7] Filem ini dikeluarkan dalam keluaran tayangan terhad pada 27 November 2015 oleh Focus Features di Amerika Syarikat.[8] Filem ini dikeluarkan pada 1 Januari 2016, di United Kingdom, dengan Universal Pictures International mengendalikan pengedaran antarabangsa.[9]
Filem itu menerima beberapa kritikan untuk gambaran yang tidak tepat mengenai peristiwa bersejarah, tetapi persembahan Redmayne dan Vikander menerima pujian dan pencalonan yang meluas bagi semua penghargaan utama. Untuk persembahan mereka, Vikander memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Redmayne dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik, sementara filem itu menerima pencalonan Anugerah Akademi tambahan untuk Reka Bentuk Penerbitan Terbaik dan Reka Bentuk Kostum Terbaik. Ia juga dicalonkan untuk Anugerah BAFTA untuk Filem British Terbaik.