Gerda Wegener
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gerda Marie Fredrikke Gottlieb (15 Mac 1886–28 Julai 1940) ialah seorang pelukis dan pengilustrasi Denmark yang dikenali kerana erotika.[1] Karya seninya kebanyakan mengandungi gambar wanita bermod dalam gaya art nouveau dan kemudian art deco.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Gerda Wegener | |
---|---|
Kelahiran | Gerda Marie Fredrikke Gottlieb (1886-03-15)15 Mac 1886 |
Meninggal dunia | 28 Julai 1940(1940-07-28) (umur 54) Frederiksberg, Denmark |
Pekerjaan | pelukks, ilustrator |
Pasangan | Einar Wegener (1904-1930; rumah tangga merenggang) Fernando Porta (1931-1936; bercerai) |
Tutup
Pasangan pertamanya lama kelamaan melela sebagai seorang wanita transgender dan menjadi model kegemarannya di bawah nama Lili Elbe;[2] Elbe menjalani pembedahan menukar jantinanya yang meragut nyawanya.[3] Hubungan dijalin antara mereka berdua diabadikan dalam penceritaan novel The Danish Girl karya David Ebershoff yang kemudiannya diadaptasikan ke filem.[4][5]