![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7d/Lili_Elbe_1926.jpg/640px-Lili_Elbe_1926.jpg&w=640&q=50)
Lili Elbe
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lili Ilse Elvenes, yang lebih dikenali sebagai Lili Elbe (28 Disember 1882–13 September 1931) ialah seorang wanita transgender Denmark dan salah seorang penerima pembedahan penggantian jantina pertama yang dikenalpasti.[1][2] Elbe dilahirkan sebagai Einar Magnus Andreas Wegener[3] dan merupakan seorang pelukis berjaya di bawah nama ini. Beliau juga disebut sebagai Lili (kadangkala disebut Lily) dan secara terbuka diperkenalkan sebagai saudari Einar. Setelah peralihan berjaya pada 1930, beliau membuat penggantian nama sah sebagai Lili Ilse Elvenes[4] dan berhenti melukis.
Lili Elbe | |
---|---|
![]() Elbe pada 1926 | |
Kelahiran | Einar Magnus Andreas Wegener (1882-12-28)28 Disember 1882 |
Meninggal dunia | 13 September 1931(1931-09-13) (umur 48) Dresden, Jerman |
Warganegara | Denmark |
Nama lain | Lili Ilse Elvenes |
Nama "Lili Elbe" dibuat oleh wartawan Copenhagen, Louise "Loulou" Lassen.[5] Lili meninggal akibat komplikasi transplantasi uterus. Autobiografinya, Man into Woman, secara anumerta diterbitkan pada 1933.[6]