Tamadun Lembah Indus (IVC) ialah tamadunZaman Gangsa (3300-1300 SM; fasa matang 2600-1900 SM) yang berpusat terutamanya di bahagian barat[1]anak benua India[2][3] dan yang berkembang maju di sekitar lembangan Sungai Indus.[n 1] Tamadun ini yang berpusat terutamanya di sepanjang Sungai Indus dan wilayah Punjab kemudian diperluas ke lembah Sungai Ghaggar-Hakra[7] dan Doab Gangga-Yamuna,[8][9] lalu merangkumi sebahagian besar daripada apa yang kini merupakan Pakistan, serta juga negeri-negeri barat India zaman moden, Afghanistan tenggara, dan bahagian paling timur di Balochistan, Iran.
Rencana ini perlu dikemas kini. (Disember 2022)
Fakta Segera Sejarah Asia Selatan Sejarah India, Zaman Besi ...
Fasa matang Tamadun Lembah Indus dikenali sebagai Tamadun Harappa, sempena nama Harappa, kotanya yang pertama yang digali. Penggalian itu dilakukan pada tahun 1920 di apa yang pada saat itu merupakan provinsi PunjabIndia British (kini Pakistan).[10] Penggalian tapak-tapak IVC telah berlangsung sejak 1920, dengan kejayaan cemerlang yang paling terkini tercapai pada 1999.[11]Mohenjo-Daro, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, merupakan satu lagi tapak arkeologi IVC yang terkenal.
Bahasa Harappa tidak dapat dibuktikan secara langsung, dengan hubungannya dengan bahasa yang lain tidak diketahui. Walau bagaimanapun, hubungannya dengan bahasa Proto-Dravidia, Elamo-Dravida, atau (Para-) Munda telah dicadangkan oleh para cendekiawan seperti Iravatham Mahadevan, Asko Parpola, |F.B.J. Kuiper, dan Michael Witzel.