Raja pemerintah Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Brunei ialah ketua negara beraja Brunei dan ketua kerajaan dengan jawatan sebagai perdana menteri Brunei.[1] Sejak kemerdekaan daripada British pada 1984, hanya seorang sultan menaiki takhta, walaupun institusi diraja bermula sejak abad ke-14.[2]
Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam | |
---|---|
Negara | |
Penjawat kini | |
Hassanal Bolkiah sejak 5 Oktober 1967 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah |
Penyandang pertama | Sultan Muhammad Shah |
Pembentukan | 1368 |
Persemayaman | Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan |
Sultan Brunei boleh dianggap bersamaan dengan Kerabat Bolkiah, dengan leluhurnya telah dijejak dari sultan pertama, Sultan Muhammad Shah, kecuali terganggu seketika dengan kemahkotaan sultan ke-13, Sultan Abdul Hakkul Mubin, yang kemudiannya digulingkan kembali oleh Wangsa Bolkiah. Gelaran rasmi Sultan Brunei ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.[1]
Baginda mempunyai armada peribadi pesawat VIP sejak 1979.[3] terdiri daripada Boeing 747-8(V8-BKH) Boeing 767-200 (V8-MHB) dan Boeing 787-8 (V8-OAS),[4] serta helikopter seperti Sikorsky S70 dan S76.
Armada pesawat bukan sebahagian daripada Tentera Udara negara. Selain daripada 747-8, dua lagi pesawat menggunakan warna Royal Brunei Airlines.
Catatan sejarah terawal Sultan Brunei tidak diketahui dengan jelas kerana dokumentasi awal sejarah Brunei yang lemah. Di samping itu terdapat usaha untuk mengislamkan sejarah, dengan "sejarah rasmi" tidak sepadan dengan sumber asing yang boleh disahkan.[5] Batu Tarsilah - rekod salasilah raja-raja Brunei - tidak dimulakan sehingga 1807. Oleh itu, banyak tafsiran sejarah bergantung kepada sumber dan lagenda Cina terdahulu. Nampaknya Kesultanan Brunei awal bergantung kepada sokongan orang Cina,[6][7][8] dan mungkin Sultan awal berasal dari Cina.[6] Tambahan pula, Sultan terawal mungkin telah mengamalkan agama Hindu, Buddha ataupun Animisme dengan nama awal menunjukkan asal usul ini.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.