Kuala Lumpur Sentral
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuala Lumpur Sentral (Jawi: كوالا لومڤور سينترالcode: ms is deprecated ), juga dikenali sebagai KL Sentral ialah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja.[1] KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.
Rencana ini menggunakan URL terdedah untuk petikan, yang mungkin diancam oleh pautan rosak. (November 2018) |
KL Sentral direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan). Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenuhnya, biar pun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap menjelang tahun 2015.[6]