Wilayah Persekutuan
Wilayah yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Malaysia) / From Wikipedia, the free encyclopedia
Wilayah Persekutuan (Jawi: ولايه ڤرسکوتوان, disingkatkan sebagai WP) ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.
Wilayah Persekutuan ولايه ڤرسكوتوان | |
---|---|
Perlembagaan | Kuala Lumpur Labuan Putrajaya |
Dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur: 1 Februari 1974 Labuan: 16 April 1984 Putrajaya: 1 Februari 2001 |
Disatukan di bawah Jabatan | 27 Mac 2004 |
Pentadbiran | |
• Menteri | Dr. Zaliha Mustafa |
Keluasan | |
• Jumlah | 381.65 km2 (147.36 batu persegi) |
Penduduk (2004) | |
• Jumlah | 1,602,388 |
• Kepadatan | 4,198.6/km2 (10,874/batu persegi) |
Poskod kebangsaan | Kuala Lumpur 50xxx ke 60xxx 68xxx Labuan 87xxx Putrajaya 62xxx |
Kod kawasan | 03a 087b |
Moto negeri | Maju dan Sejahtera |
Lagu kebangsaan | Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera |
Ditadbir oleh | Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia |
Nombor pendaftaran kenderaan | W dan V1 L2 PUTRAJAYA dan F3 |
Laman sesawang | www |
a Kuala Lumpur dan Putrajaya b Labuan 1 Kuala Lumpur 2 Labuan 3 Putrajaya |