![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3d/Putra_Heights_LRT_Terminal.jpg/640px-Putra_Heights_LRT_Terminal.jpg&w=640&q=50)
Stesen LRT Putra Heights
Sebuah stesen LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. / From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen LRT Putra Heights adalah stesen LRT bagi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Putra Heights, Selangor, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena pekan berdekatan, pekan Putra Heights. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Sri Petaling dengan Laluan Kelana Jaya. Stesen ini merupakan salah satu daripada dua stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan LRT, satu lagi adalah stesen Masjid Jamek.
Fakta Segera Putra Heights, Lokasi ...
![]() Pertukaran lintas platform antara Laluan Sri Petaling dan Kelana Jaya | ||||||||||||||||
Lokasi | Stesen Pura Heights, Persiaran Putra Indah, 47650 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | |||||||||||||||
Koordinat | 2°59′45″N 101°34′31″E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | |||||||||||||||
Laluan | 4 Laluan Sri Petaling 5 Laluan Kelana Jaya | |||||||||||||||
Platform | 3:2 platform sisi dan 1 platform tengah | |||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||
Pengendali kereta api | 4 5 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia | |||||||||||||||
Sambungan | ![]() | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | 4 5 Bertingkat | |||||||||||||||
Templat letak kenderaan | 452 petak parkir | |||||||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya ![]() | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | SP31 KJ37 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 4 5 30 Jun 2016 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
![]() |
Tutup
Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya ke stesen ini daripada Sri Petaling (bagi Laluan Sri Petaling) dan Kelana Jaya (bagi Laluan Kelana Jaya). Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016.[1]