From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen MRT Taman Teknologi ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) akan datang, di Bukit Jalil, selatan Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Ia terletak di antara Stesen MRT Sungai Besi dan Stesen MRT Serdang Raya Utara serta mempunyai kod stesen iaitu PY30.[1][2][3]
Taman Teknologi | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran deras (MRT) | | |||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Taman Teknologi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3.0516°N 101.7059°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Rapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T563, 590 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Belum dibina; akan datang | ||||||||||
Kod stesen | PY30 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Akan dibuka | Akan datang | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Nama lama | Techology Park | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen ini dahulunya dikenali sebagai Stesen MRT Technology Park sebelum dtukar kepada nama stesen sedia ada. Nama stesen MRT Technology Park mula diumumkan pada tahun 2016 dalam sebuah video tayangan rasmi di Youtube, dan dibina dibawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah dengan kod stesen awal iaitu S25A.[4][2] Stesen MRT Taman Teknologi merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) di Lembah Klang dan akan dibuka rasmi pada masa akan datang.[1]
Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Technology Park akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[4] Stesen MRT Techology Park terletak sektor landasan kereta api selatan Laluan Putrajaya. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S25A, yang di mana merujuk sebagai stesen kedua puluh lima A dalam jajaran Laluan Putrajaya.[2][3][5]
Nama Stesen MRT Taman Teknologi diambil sempena Taman Teknologi Malaysia, iaitu sebuah taman perindustrian sains di Bukit Jalil yang terletak di selatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[6] Mengikut pelan yang dicadangkan, Stesen MRT Taman Teknologi terletak di bawah persimpangan bertingkat Taman Teknologi, di mana Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban membuat pertemuan antara Lebuhraya Bukit Jalil (FT 217) dan Persiaran Serdang Perdana di sini. Ia terletak berhampiran dengan Plaza Tol Mines Utara di Lebuhraya Sungai Besi dan perumahan berjajar Meadows and Glades di bahagian timur laut, bangunan kondominium Maju Kuala Lumpur di bahagian utara, Selangor Turf Club di bahagian timur, Pusat Pengurusan Pengangkutan Kuala Lumpur di bahagian barat daya, Ibu pejabat Astro di bahagian barat dan Wisma Scope International (atau Wisma Standard Chartered) dan Technology Park Malaysia College di bahagian barat laut.[3][6][7]
Bas Pengantara MRT yang dikendalikan oleh Rapid KL, laluan T563 dari Stesen MRT Serdang Raya Utara ke Taman Teknologi Malaysia (TPM) dan Bukit Jalil melalui lokasi rancangan Stesen MRT Taman Teknologi. Selain itu, hentian bas Selangor Turf Club/Plaza Tol Mines Utara dengan kod stesen bas KL2006 juga terletak berhampiran dengan tapak racangan Stesen MRT Taman Teknologi. Laluan bas yang berkhidmat di situ ialah 590 dari Hab Universiti Tunku Abdul Rahman (kod hentian – KJ477) di Sungai Long ke Hab Lebuh Pudu (kod hentian – KL101) di Pudu, Kuala Lumpur.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.