![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5b/LRT_Kelana_Jaya._KJ19_Universiti._2019-12-08_12-01-17.jpg/640px-LRT_Kelana_Jaya._KJ19_Universiti._2019-12-08_12-01-17.jpg&w=640&q=50)
Stesen LRT Universiti, Kuala Lumpur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen LRT Universiti (atau Stesen KL Gateway-Universiti atas sebab penajaan)[1] ialah stesen LRT di Kerinchi, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dinamakan sempena Universiti Malaya yang terletak berhampiran. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen pertama Laluan Kelana Jaya yang melalui 10 stesen antara stesen Kelana Jaya dan atesen Pasar Seni.[2]
![]() | |||||||||||
Lokasi | Stesen Universiti, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°06′52″N 101°39′43″E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | ![]() ![]() ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ19 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Dahulunya dikenali sebagai Universiti sejak permulaan operasinya pada 1 September 1998, nama stesen ini ditukar kepada KL Gateway–Universiti selepas Suez Capital, sebuah pemaju hartanah tempatan telah diberikan hak penamaan daripada Prasarana Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu daripada tiga stesen pertama dibawah program perintis "Hak Penamaan Stesen" sejak dilancarkan pada Oktober 2015.[1]