From Wikipedia, the free encyclopedia
Safiah "Sophia" Ibrahim (lahir pada 20 Januari 1948 di Singapura) adalah seorang seniwati.
Sophia Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | Safiah binti Ibrahim 20 Januari 1948 Negeri-Negeri Selat (kini Singapura) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1964–kini |
Saudara |
|
Sophia berasal dari keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai grup bangsawan tahun 1950-an. Aman Belon sezaman dengan kumpulan bangsawan Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore ; dan Yap Chow Tong Opera. Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.[1]
Sophia Ibrahim tidak pernah merasa kekok untuk bergelar anak wayang. Beliau anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Beliau mempunyai empat orang anak dan nenek kepada lapan orang cucu. Kini mereka tinggal di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Adiknya penyanyi popular 1970-an 80an, Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty) manakala Adik lelakinya yang juga penyanyi dan pelakon 1970-an Latif Ibrahim meninggal dunia pada 20 Februari 2012.
Selama empat tahun beliau berlakon dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Merdeka di, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Filem pertama lakonan Sophia ialah Ragam P. Ramlee (1964) sebagai Safiah, pendukung watak utama dalam filem tersebut walaupun umur beliau ketika itu hanya lima belas tahun serta salah satu pelakon tambahan daripada golongan remaja atau belia pada zaman itu.
1965 berlakon filem Dajal Suchi. Tahun 1970, bersama rakan seangkatannya, Datuk Sarimah Ahmad sebagai pelakon utama menerusi filem Dr. Rushdi. Filem lain ialah Cinta 200 Ela (2002), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) serta dua filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian dan Puteri Impian 2.
Sophia atau 'Mummy' menyanyi di kelab-kelab malam, bermula di kelab Kowloon dan kerjaya itu seiring dengan lakonan.[2]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1964 | Ragam P. Ramlee | Safiah | Filem pertama, segmen: "Mintak Nombor Ekor" |
Jauh Di Mata | Hasnah | ||
1965 | Dajal Suchi | Melati | |
Bumiputra | |||
1966 | Gadis Langkawi | ||
1970 | Dr. Rushdi | Mariana | |
1997 | Puteri Impian | Permaisuri / Bonda | |
1998 | Iman Alone | Hajjah Takyah | |
Puteri Impian 2 | Bonda | ||
2002 | Cinta 200 Ela | Datin | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Datin | |
2021 | Budak Kripto | Datin Mira | |
2023 | Imam | Hajah Syamsiah | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Tanah Kubur (Musim 2) | Mak Wan | Astro Oasis | Episod: "Tak Bayar Zakat" |
2022 | Juliet | Matilda | TV1 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1992 | Duri-duri Bandaraya | TV3 | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.