From Wikipedia, the free encyclopedia
Siti Norsaida Tarudin juga dikenali sebagai Siti Saida atau Saida Tarudin (lahir 13 Disember 1976)[lower-alpha 1] merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau salah seorang daripada bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam dan terkenal sebagai kakak kepada penyanyi legenda Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza. [1]
Siti Saida | |
---|---|
Kelahiran | Siti Norsaida binti Tarudin 13 Disember 1976 |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2008–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Siti Nurhaliza Productions |
Pengkarya berkait | Siti Nurhaliza, Siti Sairah |
Saida dilahirkan pada 13 Disember 1976 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak ketiga daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (11 April 1942–15 Februari 2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik (lahir 31 Disember 1948), seorang surirumah dan peniaga. Adiknya, Dato' Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular era 1990an dan berjaya sehingga kini, adik-beradiknya, Saiful Bahri, dan Siti Nursairah juga bergiat aktif dalam bidang muzik, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali.
Beliau memulakan kerjayanya di Siti Nurhaliza Productions sewaktu penubuhannya pada 1998, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengurus Akaun.[1]
Beliau bersama adiknya, Siti Sairah muncul dengan album Apresiasi pada Mac 2010 yang mana beliau merakamkan dua lagu - "Sedalamnya Cinta" dan "Dicuri Malam".[2]
Pada tahun 2016, beliau muncul dengan single "Setia" bersama pelakon Maya Matahari hasil nukilan Adi Priyo Sambodo (vokalis kumpulan 6ixth Sense).[1]
Saida telah terpilih menjadi peserta dalam Akademi Fantasia musim keenam namun tersingkir pada Konsert kelima. Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya:[3]
Saida berkahwin dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, sehari selepas beliau meraikan ulang tahunnya ke-20, namun bercerai dengan cara tebus talak pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata, Siti Nuruunnyssa (lahir 1997), Anas (lahir 1999), Khalid (lahir 2003), dan Siti Nurul Mashitah (lahir 2006).[4] Pada 5 Oktober 2016, beliau berkahwin kali kedua dengan Hafiizh Che Mat, dengan sekali lafaz, beliau dan Hafizh yang mesra dengan panggilan Apit sah menjadi suami isteri selepas dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Norhafizi Ab Rahim di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras, di sini pada jam 2.40 petang. Apit mempunyai dua anak dari perkahwinan terdahulu.[5][6]
Beliau berkahwin buat kali ketiga bersama Mohd Nooraizal Rasip pada 12 Disember 2021.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.