syarikat rakaman Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Siti Nurhaliza Productions (secara rasmi disingkat sebagai SNP) ialah sebuah syarikat rakaman, media dan hiburan Malaysia telah ditubuhkan pada 12 Januari 1998[nota 1] oleh penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang juga berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.[1]
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Media, hiburan |
Ditubuhkan | 12 Januari 1998 |
Pengasas | Siti Nurhaliza |
Ibu pejabat | 35-1, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, 56100, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Siti Nurhaliza (Pengasas & CEO) Siti Nursairah Tarudin (Eksekutif Perhubungan Awam) Saiful Bahri Tarudin (Pengarah Urusan) Rozi Abdul Razak (Unit Promosi) Siti Norsaida Tarudin (Pengurus Akaun) Saiful Kadri Abdul Kadir (Pengurus Penerbitan) |
Anak syarikat | Siti Nurhaliza Collections SN Mobile Digital Siti Nurhaliza Marketing Siti Sound |
Tapak web | www.snp.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Siti Nurhaliza sendiri bernaung di bawah syarikat miliknya, dan Transkripsi merupakan album pertama terbitan Siti Nurhaliza Productions. Selain menerbitkan album studio Siti Nurhaliza, syarikat ini juga menguruskan aktiviti seni penyanyi itu, menerbitkan beberapa rancangan televisyen tempatan, menganjurkan konsert dan sebagainya. Ibu pejabat SNP terletak di Taman Connaught, Cheras. SNP pernah menaungi sebuah kumpulan muzik indie Malaysia yang dikenali sebagai Coda.[2]
Syarikat rakaman Suria Records (SRC) telah menguruskan perjalanan seni muzik Siti Nurhaliza selama lebih 3 tahun. Oleh kerana bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail menandatanganinya sebagai artis rakaman, ini bermakna beliau bebas memilih pasukan pengurusannya sendiri. Maka pada 12 Januari 1998, sehari selepas ulangtahun kelahiran beliau yang ke-19, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan pengurusan rasmi bagi menguruskan kerjaya muziknya.
Menurut Siti, ibu bapanya, Siti Salmah Bachik dan Tarudin Ismail ialah orang kuat SNP, manakala adik-beradiknya termasuk beliau sendiri bertindak sebagai ahli Lembaga Pengarah dan ia adalah perniagaan keluarga yang dihadiahkan oleh Siti bagi membalas jasa keluarganya terhadap kerjayanya.
Biarpun memiliki syarikat dan pasukan pengurusannya sendiri, Siti Nurhaliza tetap bernaung di bawah Suria Records sehingga kontraknya sebagai artis rakaman, tamat pada 2005.
Pada 2004, SNP mula bergiat aktif menerbitkan rancangan televisyen. Muzikal Aidiladha ialah rancangan televisyen pertama yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions. Selepas itu, muncul pula rancangan Siti Nurhaliza 3D (Siti Nurhaliza Dari Dalam Diri) yang berkisarkan kehidupan peribadi Siti Nurhaliza dengan 13 episod yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada tahun yang sama, SNP menerbitkan rancangan Sukan dan Selebriti, sebuah rancangan yang melibatkan artis-artis popular tanahair dan personaliti sukan dalam pelbagai bidang yang bersiaran sebanyak 26 episod.
Pada 2006, SNP mula menerbitkan album Siti Nurhaliza, Transkripsi ialah album pertama Siti yang diterbitkan oleh SNP dan diterbitkan bersama oleh Suria Records, dan kemudiannya diikuti oleh Hadiah Daripada Hati (2007), Lentera Timur (2008) dan album seterusnya.
Pada 2008, Siti Nurhaliza Productions mengambil kumpulan Coda sebagai artis naungan mereka, menjadikan mereka artis berkumpulan pertama di bawah SNP, dan seterusnya kumpulan itu muncul dengan album Retorik Audio setahun berikutnya.
Pada 2011, Siti Nurhaliza mengumumkan kerjasama syarikatnya dengan Universal Music Malaysia dengan memperkenalkan single "Galau", sambil menyatakan akan bernaung di bawah Universal selepas tidak lagi terikat dengan syarikat rakaman lamanya, Suria Records. Album ke-16 Siti, Fragmen telah dikeluarkan pada 30 Jun 2014 dan merupakan album pertama Siti hasil kerjasama SNP dan Universal.
Pada Mei 2013, Dato’ Siti Nurhaliza melancarkan laman web rasmi beliau iaitu Siti Nurhaliza Official menerusi laman web rasmi di www.simplysiti.com.my.[3] Beliau telah menggabungkan segala maklumat serta aktiviti-aktiviti menarik mengenai syarikat rakamannya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions, produk kecantikan SimplySiti dan juga laman peminat beliau iaitu SitiZoners di dalam satu laman web yang sama.[3]
Pada Februari 2014, SNP dengan kerjasama Artelier Gallery, Publika, Kuala Lumpur menganjurkan pameran pertamanya yang diberi nama SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza, sebuah pameran seni lukisan yang diadakan selama sebulan, dari 27 Februari hingga 26 Mac, yang bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa.
Pada Jun 2016, Siti Nurhaliza Productions menandatangani kontrak memorandum persefahaman dengan i-Mizu (pengeluar minuman kesihatan) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Dulu arwah ayah saya (Tarudin Ismail) ialah tempat tertinggi dalam Siti Nurhaliza Productions, begitu juga dengan emak (Siti Salmah Bachik). Mereka berdua adalah bos kami, saya sebagai pekerja, saya menjalankan tugas saya. Dan ini sebenarnya adalah perniagaan keluarga yang saya hadiahkan untuk membalas jasa baik keluarga saya.
— Siti Nurhaliza semasa ditemuramah dalam rancangan dokumentari biografinya di The History Channel.
Anak syarikat | Jenis dan platform | Status terkini | Ditubuhkan | Catatan |
---|---|---|---|---|
Siti Nurhaliza Collections | Cenderamata, barangan berjenama | Aktif | 2002 | Peranan dan operasi syarikat ini adalah memperkenalkan barangan koleksi-koleksi Siti Nurhaliza dan album-album nyanyian artis. |
Siti Nurhaliza Marketing | Pemasaran | Aktif | 2003 | Peranan utamanya ialah untuk memasarkan produk berkaitan Siti Nurhaliza. |
SN Mobile Digital | Telekomunikasi mudah alih | Aktif | 2006 | |
Siti Sound | Audio dan bunyi | Aktif | 2006 | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Muzikal Aidiladha [4] | Dirinya sendiri | Rancangan televisyen pertama yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions |
Siti Nurhaliza 3D (Diari Dalam Diri) [4] | Dirinya sendiri | Rancangan realiti TV 13 episod ini menyingkap tentang kehidupan peribadi Siti Nurhaliza | |
Syawal Datang Lagi [5] | Dirinya sendiri | Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di RTM | |
Variasi Fitri... Siti Nurhaliza [5] | Dirinya sendiri | Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di TV3 | |
Aidilfitri Ku Bersama Siti Nurhaliza [5] | Dirinya sendiri | Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di Astro. Rancangan ini menerima anugerah Rancangan Televisyen Muzikal Khas Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005.[6] | |
2005 | Nazam Lebaran Bersama Siti Nurhaliza | Dirinya sendiri | Sebuah rancangan televisyen khas sempena Hari Raya Aidilfitri |
2006 | Sukan dan Selebriti | Dirinya sendiri | |
2007 | Detik Kehidupan Siti Nurhaliza [7] | Dirinya sendiri | |
2008 | Teratak Siti Nurhaliza [8] | Dirinya sendiri | Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri dimana Siti Nurhaliza dan dua adik-beradiknya, Siti Saida dan Siti Saerah mengadakan persembahan |
Siti Nurhaliza Bersama Peminat [9] | Dirinya sendiri | Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri | |
2009 | Kasih Siti [10] | Dirinya sendiri | Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri |
Citarasa Bersama Dato' Siti Nurhaliza [11] | Pengacara | Rancangan masakan 13 episod yang disiarkan sempena bulan Ramadhan bersama artis jemputan | |
Lentera Aidilfitri Dato' Siti [12] | Dirinya sendiri | Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri | |
Konsert Sesuci Lebaran Datuk Siti Nurhaliza [13] | Dirinya sendiri | Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri | |
2010 | Stylistika Siti [14] | Dirinya sendiri | Sebuah persembahan khas satu jam di mana beliau menggayakan pakaian kegemarannya dan membincangkan perkara kebanyakannya bermula dari permulaan awal beliau. |
Konsert Di Hati Siti [15] | Dirinya sendiri | Persembahan pertama dengan TV9 dan juga persembahan pertama beliau di mana beliau menjemput idola beliau untuk mengadakan persembahan bersama-sama. | |
CT15 | Dirinya sendiri | Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri | |
Lebaran Diva Dato' Siti Nurhaliza [15] | Dirinya sendiri | ||
2011 | SITI [16][lower-alpha 1] | Pengacara | Rancangan bual bicara pertama beliau, dibahagikan kepada empat segmen berbeza - VIP Siti, Sentuhan Kasih, Perspektif Siti dan Simfoni Siti. Ia bersiaran di Astro Ria bermula 12 Februari 2011. |
I-Klon | Pengacara | ||
2012 | Podium [17] | Dirinya sendiri | Ia menampilkan perjalanan Siti Nurhaliza bersama syarikat produk kosmetik miliknya, SimplySiti yang bersiaran di RTM TV2 |
2013 | Siti Ooo... Som! [18][lower-alpha 1] | Pengacara | Sebuah rancangan gameshow 13 episod yang dihoskan bersama oleh Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah. Ia dibahagikan kepada 6 segmen utama - Sepantas Kilat, Riuh Rendah, Siapa Hebat, Kebaboom, Siti Cabar dan Huru Hara. |
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2006 | Transkripsi
|
Siti Nurhaliza |
2007 | Hadiah Daripada Hati
| |
2008 | Lentera Timur
| |
2009 | Tahajjud Cinta
| |
Retorik Audio
|
Coda | |
2010 | Apresiasi
|
Siti Saida, Siti Saerah |
2014 | Fragmen
|
Siti Nurhaliza |
2017 | SimetriSiti
| |
2020 | ManifestaSITI2020
| |
2021 | Legasi
| |
2023 | Sitism
| |
Tahun | Konsert | Tarikh diadakan | Lokasi |
---|---|---|---|
1999 | Konsert Live Siti Nurhaliza | 30 Oktober 1999 | Stadium Putra, Bukit Jalil |
2001 | Konsert Mega Siti Nurhaliza | 30 Jun 2001 | |
2002 | Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir | 30 Mei-2 Jun 2002 | Istana Budaya |
2004 | Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 | Ogos 2004 | Stadium Negara, Bukit Jalil |
2009 | SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza | 26-28 Jun 2009 | Istana Budaya |
2013 | Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza | 20-24 September 2013 | |
2015 | Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 | 7 April 2015 | |
Konsert Satu Suara, Vol. 2 | 7-8 November 2015 |
Tahun | Pameran | Tarikh mula | Tarikh tamat | Lokasi |
---|---|---|---|---|
2014 | SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza[19] | 27 Februari 2014 | 26 Mac 2014 | Artelier Gallery, Publika Kuala Lumpur |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.