From Wikipedia, the free encyclopedia
Jung Pil-kyo (lahir 27 November 1979), yang lebih dikenali dengan nama pentas Shin Hye sung, adalah seorang penyanyi & penulis lirik Korea Selatan. Beliau amat dikenali sebagai salah seorang anggota penyanyi berkumpulan Shinhwa.
Shin menjalani uji bakat di Amerika melalui Brothers Entertainment dan merupakan ahli pertama yang ditempatkan dalam kumpulan Shinhwa.[perlu rujukan] Beliau secara rasmi debut sebagai sebahagian daripada kumpulan Shinhwa pada 24 Mac 1998 dengan persembahan pertama single mereka berjudul "해결사" (The Solver) di rancangan muzik KM Music Tank. Sejak itu, beliau telah mengeluarkan tiga belas album studio Korea dan satu album Jepun dengan Shinhwa.
Shin debut sebagai artis solo pada tahun 2005 dengan pelancaran album solonya berjudul Love of May (오월지련, 五月之戀). Album ini menduduki kedudukan pertama dalam carta jualan pra-pesanan HMV di Jepun pada Februari 2005 dengan 180,000 unit terjual. Shin melancarkan album keduanya berjudul The Beginning, New Days pada 8 Ogos 2007. Lagunya berjudul "First Person" mencapai nombor satu dalam carta K-pop Top 10. Albumnya terjual sebanyak 30,000 unit pada hari pertama pelancaran dan 50,000 unit dalam masa seminggu.
Beliau telah mengeluarkan lima studio album Korea dan dua album Jepun.
Pada Jun 2011, selepas melancarkan album studio Korea kelima beliau, The Road Not Taken, Shin telah telah menghabiskan satu siri persembahan di Seoul, Busan dan Shanghai. Beliau juga mengacarakan konsert istimewa selama dua hari, 2011 Tour in Seoul - The Road Not Taken Act II di Universiti Kyung Hee pada 3 dan 4 September. Kemudian pada Julai, beliau merekodkan lagu duet berjudul "I Believe" dengan Shunsuke Kiyokiba, bekas ahli kumpulan Exile.
Pada Mac 2012, Shin kembali dengan anggota-anggota Shinhwa yang lain selepas empat tahun berehat, di bawah pengurusan Shinhwa Company. Ia merupakan satu usaha bersama untuk ahli-ahli Shinhwa bekerja sebagai satu kumpulan, dimana Eric dan Lee Min-woo adalah CEO bersama dan anggota-anggota lain menjadi pemegang saham. Syarikat ini menguruskan mereka sebagai satu kumpulan manakala aktiviti solo diuruskan oleh agensi masing-masing. Kumpulan ini melnacarkan album studio kesepuluh mereka berjudul The Return pada 23 Mac 2012, melancarkan konsert 2012 Shinhwa Grand Tour: The Return di seluruh Asia dan rancangan hiburan eksklusif pertama mereka berjudul Shinhwa Broadcast yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2012 di stesen kabel JTBC.[1][2][3]
Pada 25 Mac, semasa persembahan semula di konsert 2012 Shinhwa Grand Tour in Seoul: The Return, Shin mengalami kecederaan di lutut. Semasa memulakan persembahan untuk lagu "Yo!", beliau telah lompat dari bawah pentas dan perlu mendarat di atas pentas, namun pendaratan tersebut tidak menjadi dan beliau jatuh. Kejadian tersebut menyebabkan ligamennya koyak dan kartilaj serta ligamen yang mengelilingi meniskus rosak teruk, memerlukan pembedahan dan enam bulan rehat. Sebelum itu, Shin pernah cedera di tempat sama semasa konsert pada tahun 2001 dan telah membuat pembedahan pembetulan pada lutut kirinya namun ligamen pada lutut kanan terus mengalami kerosakan, yang menyebabkan beliau dikecualikan dari menjalani khidmat tentera. Walau bagaimanapun, beliau telah menangguhkan pembedahan tetapi menggunakan kaedah rawatan sehingga berakhirnya aktiviti promosi album studio kesepuluh mereka, The Return. Beliau tetap mengikuti persembahan dengan duduk di kerusi untuk rancangan muzik pertama mereka pada 29 Mac di M! Countdown, dimana mereka menyanyikan lagu "Venus" dan "Hurt".[4]
Pada September Shin bersama-sama dengan anggota Shinhwa, Lee Min-woo mengadakan persembahan di West Bank Music Festival di Shanghai dari 30 September hingga 2 Oktober, sebagai wakil K-pop bersama artis-artis antarabangsa lain seperti Michael Bolton di hadapan 10,000 orang penonton.[5][6]
Penglibatan lain: Shinhwa Vol. 8 "Midnight Girl" (Susunan melodi baru untuk versi balada)
Tahun | Anugerah |
---|---|
2005 |
|
2007 |
|
2008 |
|
2014 |
|
Tahun | Tarikh | Lagu |
---|---|---|
2005 | 26 Mei | "같은 생각 (Same Thoughts)" |
2 Jun |
Tahun | Tarikh | Lagu |
---|---|---|
2005 | 28 Mei | "같은 생각 (Same Thoughts)" |
4 Jun |
Tahun | Tarikh | Lagu |
---|---|---|
2005 | 5 Jun | "같은 생각 (Same Thoughts)" |
12 Jun | ||
2007 | 30 September | "첫사람 (First person)" |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.