Shinhwa Broadcast

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Shinhwa Broadcast (Korea: 신화방송; Hanja: 神話放送; RR: Sinhwa Bangsong; MR: Sinhwa Pangsong) adalah sebuah rancangan hiburan Korea Selatan yang disiarkan melalui stesen TV kabel JTBC. Ia diacarakan oleh kumpulan penyanyi lelaki terkenal Korea, ShinhwaEric Mun, Lee Min-woo, Kim Dong-wan (sampai April 2013), Shin Hye sung, Jun Jin dan Andy Lee (sampai November 2013).[1] Program mingguan ini mula ditayangkan pada 17 Mac 2012 dan bersiaran pada setiap hari Ahad pukul 11.00 malam waktu tempatan. Rancangan ini direhatkan buat semetara waktu selepas siaran 16 Jun 2013 dan kembali pada 3 November 2013 dengan format baru untuk musim kedua. Sehingga 8 Disember 2013, 65 episod dalam dua musim telah ditayangkan.

Remove ads

Sejarah

Shinhwa Broadcast adalah sebahagian daripada rancangan Shinhwa untuk kembali ke industri hiburan pada Mac 2012, setelah empat tahun berehat, di mana anggota-anggota kumpulan ini menjalani khidmat tentera. Rancangan ini juga merupakan rancangan hiburan yang eksklusif buat pertama kali untuk kumpulan ini. Ia diterbitkan oleh Yoon Hyun-jun. yang sebelum ini bekerja dalam rancangan JTBC yang lain, Girls'Generation and the Dangerous Boys. Penerbit-penerbit mengadakan rakaman awam dan sidang akhbar di Gimnasium Pelajar Jamsil pada 15 Mac untuk menampilkan rancangan tersebut.[2]

Komen untuk program, Eric berkata "untuk membezakan diri kita sendiri dari kumpulan K-pop yang lain, dan untuk menonjolkan lagi kekuatan kami, kami telah membuat Shinhwa Broadcasting. Kami telah jumpa rancangan yang boleh dijalankan untuk jangka masa panjang dan berjumpa dengan penerbit-penerbit yang kami boleh percayai". Jun Jin juga berkata bahawa berada dalam rancangan ini telah menyebabkan beliau mengenang kembali saat mereka pernah tinggal bersama dan menjadi rapat. Beliau menambah yang rancangan ini "membenarkan kami untuk melepaskan diri secara mental dimana kami boleh melakukan kerja gila".[3][4]

Rancangan ini ditayangkan pada hari Sabtu, 17 Mac 2012, pukul 10.00 malam waktu tempatan. Pada Mei, program ini berubah dari slot masa 10.00 ke 11:00. Pada 13 Oktober, rancangan in idiberikan slot masa baru dan format baru, bermula dari episod 33 pada 28 Oktober, ia disiarkan pada 7.40 setiap Ahad, dimana mereka menerima tutor peribadi dalam pelbagai topik.[5]

Telah diumumkan pada 24 Februari pada episod 49 yang rancangan ini akan direhatkan buat sementara waktu sementara ahli-ahli memberi fokus dalam persediaan konsert ulangtahun ke-15 yang diadakan pada 16 dan 17 Mac di Arena Gimnastik Olimpik dan pelancaran album studio ke-11 pada Mei 2013. Ia kembali pada 7 April dengan format baru iaitu pertandingan memasak sentuhan Ibu. Pada 22 Mei 2013, JTBC mengumumkan rancangan ini akan berehat sekali lagi bermula 16 Jun 2013, asalnya sehingga September, sementara ahli-ahli Shinhwa mengadakan konsert jelajah Asia untuk 2013 Shinhwa Grand Tour: The Classic.[6]

Rancangan ini kembali pada November, selepas berehat selama lima bulan, untuk musim kedua dengan format Small Legends Found By Shinhwa pada slot masa baru pukul 11.00 waktu tempatan. Video pembukaan baru turut direkodkan dan satu video belakang tabir turut dilancarkan.[7]

Remove ads

Format

Musim pertama: Saluran

Walaupun Shinhwa Broadcast tidak mempunyai seorang pengacara tetap, Jang Dong-hyuk kadangkala akan mengacarakan rancangan ini. Dalam musim pertama, setiap rakaman akan dibahagikan dan disiarkan sebagai dua episod dalam minggu berturut-turut.

Jun Jin tidak hadir dari rakaman episod 17, "School Channel: God of Classroom", siaran pada 7 Julai 2012. Beliau berada di hospital, sedang pulih dari pembedahan penyahmampatan saraf mikroskopik, yang beliau terpaksa jalani kerana sakit belakang yang kronik.[8][9]

Musim pertama: Tutorial

Format untuk musim dua adalah rakaman di studio. Di mana setiap minggu pakar pada topik yang khusus telah diundang untuk memberikan Shinhwa tutor peribadi untuk belajar tips dari mereka, contohnya lakonan antagonis, ballet, sorak. Episod-episod ini dimulakan dengan taklimat oleh Shin Hye-sung, dikenali sebagai 'Shin Brief', berkenaan topik yang berkait rapat dengan tutorial pada minggu tersebut, contohnya pengalaman lakonan ahli-ahli, tabiat mabuk, pasangan ideal. Pada akhir setiap episod, pakar-pakar ini akan memilih pelajar yang paling baik atau pelajar yang dapat mengamalkan tips pakar dengan baik.

Pada 16 Disember 2012, tiada episod ditayangkan kerana debat presiden untuk pemilihan presiden Korea Selatan 2012.[10]

Musim pertama: Pertandingan memasak Sentuhan Ibu

Ahli-ahli Shinhwa dengan konsep baru dalam rancangan ini belajar resepi-resepi rahsia dan teknik memasak dari ibu-ibu. Hidangan-hidangan ahli dan hidangan ibu-ibu akan diadili bersama-sama untuk menentukan hidangan mana yang asli dengan sentuhan ibu. Kim Dong-wan tidak dapat menyertai kebanyakan penggambaran kerana komitmen dalam drama harian Cheer Up, Mr. Kim! terbitan Sistem Penyiaran Korea. Ketidakhadiran beliau diteruskan sehingga drama tersebut habis pada 26 April 2013, sehingga rancangan ini sekali lagi berehat pada Jun 2013.[11]

Musim kedua: Legenda Kecil

Musim baru bertemakan Legenda Kecil Ditemui Oleh Shinhwa, yang bertujuan untuk menonjolkan dan berkongsi cerita wira tanpa nama dalam sesebuah komuniti. Bagaimanapun Kim Dong-wan telah disahkan untuk tidak menyertai rancangan ini, selepas tidak menampilkan diri dalam segmen pertandingan memasak sentuhan ibu di musim pertama. Telah diumumkan bahawa Dong-wan ingin fokus terhadap kerjaya lakonannya.[12][13]

Remove ads

Senarai episod dan tetamu

Tetamu Leo Kang dari rancangan MasterChef Korea, yang muncul dalam episod 46 untuk menilai liga 'pertandingan memasak pengantin baru', dilaporkan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam rancangan ini kerana beliau seronok menonton Shinhwa Broadcast.[14] Juga ahli-ahli kumpulan Girls' Generation mengakui mereka merupakan peminat rancangan ini, telah merayu dengan pengurus mereka untuk muncul dalam rancangan ini dan kesemua sembilan ahli telah bersaing secara sengit untuk mendapatkan enam tempat terakhir tetamu jemputan dalam rancangan ini.[15]

Maklumat lanjut Episod, Tetamu Jemputan ...

Penerimaan

Menurut Media Penyelidikan AGB Nielsen, episod perdana mencapai kedudukan seluruh negara sebanyak 0.336% dan episod-episod seterusnya mencapai tontonan antara 0.3% hingga 0.8%. Episod sembilan, bagaimanapun, menunjukkan peningkatan sebanyak 0.572% hingga 1.371% dari sudut kadar tontonan,[16] yang diikuti dengan kedudukan pertama dalam kadar tontonan 1.312% untuk episod 13, episod kedua dengan artis jemputan SHINee, membuatkan ia program yang paling banyak ditonton untuk saluran umum pada hari itu.[17]

Episod 41 yang disiarkan pada 30 Disember 2012 dengan profesor Falsafah Timur, Jo Kyu-moon sebagai tetamu jemputan untuk membaca nasib ahli-ahli, mengakhiri tahun 2012 dengan kadar tontonan paling tinggi untuk rancangan ini. Episod ini mencatatkan kedudukan seluruh negara pada 1.881% dengan kedudukan tertinggi mengikut minit pada 2.994%.[18]

Musim pertama

Maklumat lanjut Episod #, Tarikh asal siaran ...

Musim kedua

Maklumat lanjut Episod #, Tarikh asal siaran ...
Remove ads

Siaran Antarabangsa

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads