From Wikipedia, the free encyclopedia
Salbutamol, juga albuterol dan dijual dengan nama Ventolin antara nama jenama lain,[1] ialah ubat yang membuka saluran pernafasan sederhana dan besar di dalam paru-paru.[6] Ia digunakan untuk merawat asma, termasuk serangan asma, penyempitan cabang paru-paru akibat senaman, dan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).[6] Ia juga boleh digunakan untuk merawat paras kalium dalam darah yang tinggi.[7] Salbutamol biasanya digunakan dengan alat sedut atau penebula tetapi ia juga boleh didapati dalam bentuk pil, cecair, dan larutan intravena.[6][8] Versi sedutan biasanya akan jalan dalam masa 15 minit dan kekal selama dua hingga enam jam.[6]
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Ventolin, Proventil, ProAir, lain-lain[1] |
Nama lain | Albuterol (USAN AS) |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
MedlinePlus | a607004 |
Data lesen | |
Kategori kehamilan | |
Kaedah pemberian | Melalui mulut, sedutan, IV |
Kelas ubat | Agonis adregenik beta2 |
Status perundangan | |
Status perundangan | |
Data farmakokinetik | |
Metabolisme | Hati |
Mula masa tindak | <15 min (sedutan), <30 min (pil)[6] |
Penyingkiran separuh hayat | 3.8–6 jam |
Tempoh tindak | 2–6 jam[6] |
Perkumuhan | Buah pinggang |
Pengecam | |
| |
ECHA InfoCard | 100.038.552 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C13H21NO3 |
Jisim molar | 239.32 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
Kekiralan | Campuran rasemik |
| |
| |
(what is this?) (verify) |
Kesan sampingan biasa termasuk geletar, sakit kepala, degupan jantung yang cepat, pening dan rasa resah.[6] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk kekejangan bronkus yang semakin teruk, degupan jantung yang tidak teratur dan paras kalium dalam darah yang rendah.[6] Ia boleh digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi, tetapi keselamatannya tidak betul-betul jelas.[6][9] Ia adalah agonis reseptor adrenergik β2 yang bertindak dengan jangka pendek, berfungsi dengan melonggarkan otot licin saluran pernafasan.[6]
Salbutamol telah dipatenkan pada tahun 1966 di Britain dan dijual di UK pada tahun 1969.[10] [11] Ia telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1982.[6] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[12] Salbutamol boleh didapati sebagai ubat generik.[6] Kos borong di negara-negara membangun bagi alat sedut yang mengandungi 200 dos adalah antara US$1.12 dan US$2.64 Setakat 2014[kemas kini].[13] Di Amerika Syarikat, bekalan sebulan biasa adalah antara US$25 dan US$50.[14] Pada tahun 2017, ia adalah ubat kesepuluh yang paling kerap dipreskripsikan di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 50 juta preskripsi.[15][16]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.