From Wikipedia, the free encyclopedia
Separuh hayat biologi (juga separuh hayat penyingkiran dan separuh hayat farmakologi) ialah masa yang diambil bagi kepekatan bahan biologi (seperti ubat) berkurangan daripada kepekatan maksimum (Cmaks) kepada separuh Cmaks dalam plasma darah.[1][2][3][4][5] Ia dilambangkan dengan singkatan .[2][4]
Ini digunakan untuk mengukur penyingkiran perkara seperti metabolit, ubat-ubatan dan molekul isyarat daripada badan. Lazimnya, separuh hayat biologi merujuk kepada detoksifikasi semula jadi badan (pembersihan) melalui metabolisme hati dan melalui perkumuhan bahan yang diukur melalui buah pinggang dan usus. Konsep ini digunakan apabila kadar penyingkiran secara kasarnya bersifat eksponen.[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]]
Dalam konteks perubatan, separuh hayat secara eksplisit menerangkan masa yang diambil bagi kepekatan bahan dalam plasma darah untuk berkurang sebanyak separuh (separuh hayat plasma) daripada keadaan mantapnya apabila beredar dalam darah organisma. Pengukuran ini berguna dalam perubatan, farmakologi dan farmakokinetik kerana ia membantu menentukan berapa banyak ubat yang perlu diambil dan berapa kerap ia perlu diambil jika jumlah purata tertentu diperlukan secara berterusan. Sebaliknya, kestabilan bahan dalam plasma digambarkan sebagai kestabilan plasma. Ini penting untuk memastikan analisis yang tepat terhadap ubat dalam plasma dan dan penemuan dadah.
Hubungan antara separuh hayat biologi dan plasma sesuatu bahan boleh menjadi kompleks bergantung pada bahan berkenaan, disebabkan oleh faktor termasuk pengumpulan dalam tisu, pengikatan protein, metabolit aktif dan interaksi reseptor.[6]
Separuh hayat biologi air dalam manusia adalah kira-kira 7 hingga 14 hari. Ia boleh diubah oleh tingkah laku. Pengambilan alkohol dalam kuantiti yang banyak akan mengurangkan separuh hayat biologi air dalam badan.[7][8] Ini telah digunakan untuk menyahcemar pesakit yang tercemar dengan air tertritiat. Asas kaedah dekontaminasi ini adalah untuk meningkatkan kadar penggantian air dalam badan dengan air baru.
Penyingkiran etanol melalui pengoksidaan oleh alkohol dehidrogenase dalam hati daripada tubuh manusia adalah terhad. Oleh itu, penyingkiran kepekatan alkohol yang besar daripada darah mungkin menurut kinetik darjat sifar. Langkah-langkah mengehadkan kadar untuk satu bahan juga mungkin sama dengan bahan lain. Sebagai contoh, kepekatan alkohol dalam darah boleh digunakan untuk mengubah suai biokimia metanol dan etilena glikol. Dengan cara ini, pengoksidaan metanol kepada formaldehid dan asid formik beracun dalam tubuh manusia boleh dicegah dengan memberikan jumlah etanol yang sesuai kepada seseorang yang telah menelan metanol. Metanol adalah sangat beracun, dan menyebabkan kebutaan dan kematian. Seseorang yang menelan etilena glikol boleh dirawat dengan cara yang sama. Separuh hayat juga adalah relatif kepada kadar metabolik subjektif individu berkenaan.
Separuh hayat biologi sesium dalam manusia adalah dari satu hingga empat bulan. Ini boleh dipendekkan dengan pengambilan biru Prusia. Biru Prusia dalam sistem pencernaan bertindak sebagai penukar ion pepejal yang menyerap sesium sambil membebaskan ion kalium.
Banyak ubat mengikut lengkung penghapusan dwifasa - fasa pertama berupakan cerun curam, dan fasa kemudian ialah suatu cerun cetek:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.