ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (1 Disember 1961 – 23 Julai 2023) DGSM, DSPN, [1] ialah ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara [2] berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018. Beliau meletak jawatan sebagai menteri portfolio tersebut pada 24 Februari 2020. [3] Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023 akibat pendarahan otak setelah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. [4]
Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Salahuddin Ayub DGSM (Melaka); DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup | |
Bapa Rahmah Malaysia باڤ رحمه مليسيا | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 23 Julai 2023 (2 tahun, 1 bulan dan 30 hari) | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Puan Hajah Fuziah Salleh |
Didahului oleh | Dato Sri Alexander Nanta Linggi |
Digantikan oleh | Datuk Armizan Mohd Ali |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pulai, Johor | |
Dalam jawatan 19 Disember 2022 – 23 Julai 2023 | |
Digantikan oleh | Suhaizan Kayat |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nur Jazlan Mohamed |
Majoriti | 28,924 |
Anggota Dewan Undangan Negeri Johor untuk Simpang Jeram | |
Dalam jawatan 21 April 2022 – 23 Julai 2023 | |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
Digantikan oleh | Nazri Abdul Rahman |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 22 Januari 2022 | |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi (2022-kini) Hasni Mohammad (2020-2022) Sahruddin Jamal (2019-2020) Osman Sapian (2018-2019) |
Didahului oleh | Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (Sungai Abong) |
Majoriti | 7,687 |
Naib Presiden Pakatan Harapan | |
Dalam jawatan 2017–2022 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara | |
Dalam jawatan 2015 – 23 Julai 2023 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 22 September 2022 – 23 Julai 2023 | |
Timbalan | |
Didahului oleh | Aminolhuda Hassan |
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Yang di-Pertuan Agong | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan Menteri | Sim Tze Tzin |
Didahului oleh | Ahmad Shabery Cheek |
Digantikan oleh | Ronald Kiandee |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pontian, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 1 Disember 1961
Meninggal dunia | 23 Julai 2023 61) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Malaysia | (umur
Sebab kematian | Pendarahan otak |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Johor |
Parti politik | (1983–2015) (2015–2023) |
Pasangan | Datin Seri Fatimah Taha |
Anak-anak | 6 |
Kediaman | Johor Bahru, Johor |
Alma mater | Universiti Pertanian Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | Blog |
Salahuddin bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor dan berketurunan peranakan Melayu-Cina serta sekampung dengan Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik. Isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada tahun 1985 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.[5]
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973). Kemudian, beliau menyambung ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976) dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) sehingga tamat pengajian tingkatan 5, meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat, Pontian (1979-1980). Beliau juga mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Darjah Khas pada tahun 1977. Selepas tamat pengajian di alam persekolahan, beliau seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.[6][7]
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Pulai | Salahuddin Ayub | PH (AMANAH) | 64,900 | Nur Jazlan Mohamed | BN (UMNO) | 31,726 | 33,174 |
Loh Kah Yong | PN (GERAKAN) | 20,677 | ||||||
2018 | Salahuddin Ayub | PH (AMANAH) | 55,447 | Nur Jazlan Mohamed | BN (UMNO) | 26,523 | 28,924 | |
Mohd Mazri Yahya | PAS | 4,332 | ||||||
Yap Keng Tak | BEBAS (TELEFON) | 591 | ||||||
2013 | Salahuddin Ayub | PAS | 40,525 | Nur Jazlan Mohamed | BN (UMNO) | 43,751 | 3,226 | |
2008 | Kubang Kerian | Salahuddin Ayub | PAS | 27,179 | Ab Ghani Mamat | BN (UMNO) | 16,537 | 10,642 |
2004 | Salahuddin Ayub | PAS | 21,430 | Ahmad Rusli Iberahim | BN (UMNO) | 15,803 | 5,267 |
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Simpang Jeram | Salahuddin Ayub | PH (AMANAH) | 8,749 | Zarul Salleh | PN (PAS) | 6,350 | 2,399 |
Lokman Md Don | BN (UMNO) | 6,062 | ||||||
Mahaizal Mahmor | PEJUANG | 208 | ||||||
2018 | Salahuddin Ayub | PH (AMANAH) | 14,640 | Mohd Radzi Amin | BN (UMNO) | 6,953 | 7,687 | |
Mohd Mazri Yahya | PAS | 2,136 | ||||||
Ahmad Hashim | BEBAS | 28 | ||||||
2013 | Nusa Jaya | Salahuddin Ayub | PAS | 20,965 | Zaini Abu Bakar | BN (UMNO) | 23,166 | 2,201 |
1999 | Benut | Salahuddin Ayub | PAS | 4,701 | Salehon Sengot | BN (UMNO) | 11,970 | 7,269 |
Pada 21 Julai 2023, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas beliau mengalami gejala mual serta muntah-muntah sekitar pukul 10 malam. Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai, 2 hari kemudian ketika beliau masih dalam rawatan. [11] Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Johor pada jam 12 tengah hari, 24 Julai 2023.
Pascakematian beliau, Salahuddin digelar Bapa Rahmah Malaysia oleh sebilangan rakyat Malaysia atas jasanya mencetuskan idea dan inisiatif membantu rakyat menangani isu kenaikan kos sara hidup menerusi pakej ‘Rahmah’ semasa menggalas jawatan Menteri. [14][15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.