Saari Amri
penggubah lagu Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Saari bin Jusoh atau lebih dikenali sebagai Saari Amri (lahir 13 April 1966) ialah seorang komposer, penulis lirik dan penerbit album Malaysia yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Beliau merupakan komposer muda yang dianggap pelopor muzik 1990-an.[1] dan sudah menghasilkan lebih 600 buah lagu ciptaannya berada di pasaran.[2] Nama beliau dikenali kerana menghasilkan rangkaian koleksi lagu-lagu popular yang terus menjadi siulan sehingga kini antaranya Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays), Butakah Cinta (Spring), Suci (May), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam), Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists), Penantian (Black Rose), Ku Tak Akan Bersuara juga Duri Terlindung (Nike Ardila) dan banyak lagi.
Saari Amri | |
---|---|
Kelahiran | Saari bin Jusoh (1966-04-13) 13 April 1966 (umur 58) |
Nama lain | Iraas Irma, Fitri Amri, Siti Wan Kembang |
Pekerjaan | Komposer, penulis lirik, penerbit album |
Tahun aktif | 1988 - 2000 |
Kampung asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
Pasangan | Senorita Abdul Rahman |
Anak-anak | Mohd Fitri Amri Iraas Irmarita Iraas Marliany Amri Farizuan |
Kerjaya muzik | |
Syarikat rakaman | Menora Music Entertainment |
Pengkarya berkait | Kumpulan Ukays Kumpulan Umbrella Kumpulan Slam Kumpulan Scan Shima Ziana Zain Nike Ardilla Azie |
Pada tahun 1994 beliau telah menerbitkan album Ukays berjudul Bisa Berbisa yang terjual melebihi 400,000 unit di Malaysia.[3] Album itu telah melonjakkan lagi nama beliau dan Kumpulan Ukays dipersada muzik tanah air ketika itu.[4]