From Wikipedia, the free encyclopedia
SECAM (akronim bahasa Perancis untuk Séquentiel couleur à mémoire "Warna Berjujukan Dengan Ingatan", juga disingkat SÉCAM) ialah satu sistem televisyen warna analog yang mula-mula digunakan di Perancis. Satu pasukan pimpinan Henri de France yang bekerja di Compagnie Française de Télévision (kemudian dibeli oleh Thomson) mencipta SECAM. Mengikut sejarah, inilah piawaian televisyen warna Eropah yang pertama.
Berikut adalah senarai negara-negara yang kini membenarkan penggunaan piawaian SECAM untuk penyiaran televisyen. Negara-negara yang suah beralih ke PAL atau DVB-T disenaraikan berasingan.
|
Senarai ini termasuklah rantau Lautan Hindi.
|
Senarai ini termasuklah negara-negara yang bersempadan pada rantau Eropah, tetapi mencapai Laut Mediterranean.
Oleh sebab sedikit perbezaan dalam jenis SECAM yang diamalkan bekas KRSS, negeri-negeri bekas KRSS yang mengamalkan SECAM disenaraikan berasingan.
Beberapa bekas negara SECAM sedang atau sudah menjalani proses migrasi ke PAL.
Republik Czech, Slovakia, Hungary dan negara-negara Baltik juga menukar piawaian pembawa bunyi dasarnya dari D/K ke B/G yang digunakan di kebanyakan negara Eropah Barat, untuk memudahkan penggunaan kelengkapan penyiaran yang diimport. Bagaimanapun, ini memerlukan para penonton membeli penerima pelbagai standard.Negara-negara lain yang disebut tadi mengekalkan piawaian masing-masing (B/G di Jerman Timur dan Greece, D/K untuk yang lain). [1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.