Wallis dan Futuna

From Wikipedia, the free encyclopedia

Wallis dan Futuna

Kepulauan Wallis dan Futuna adalah sebuah wilayah seberang laut Perancis yang terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik antara Fiji dan Samoa. Wallis dan Futuna terdiri dari tiga pulau tropika vulkanik: Wallis (Uvea), Futuna, dan Alofi.

Maklumat lanjut Bahasa rasmi, Ibu negara ...
Collectivité de Wallis et Futuna
Bendera Wallis dan Futuna
Bahasa rasmi Perancis
Ibu negara Mata-Utu
Perdana Menteri Xavier de Furst
Patalione Kanimoa
Raja Ada tiga, sesuai adat tradisional:
  • Tomasi Kulimoetoke II, raja Uvea 1959–
  • Soane Patita Maituku, raja Tu´a (Alo) 2002–
  • Visesio Moeliku, raja Sigave 2004–
Wilayah
 – Jumlah
  % air

274 km²
dapat dihiraukan
Penduduk
 – Jumlah
   Kepadatan

15.351 (2006)
57/km²
Mata wang Franc CFP
Zon waktu UTC+12
Kod panggilan 681
TLD .wf
Tutup

Penamaan

Pulau Wallis dan Pulau Futuna memberi nama kepada gugusan pulau ini. Pulau Wallis dinamakan sempena Kapten Samuel Wallis dari Tentera Laut British yang menemukan ia dalam pengemudian beliau menaiki HMS Dolphin pada 16 Ogos 1767; nama asalnya ialah Uvea. Pulau Futuna dinamakan daripada sebutan setempat pokok butun atau putat laut (Barringtonia asiatica,[1] futuna dan butun turunan seakar Malayo-Polinesia *butun).[2]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.