Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Waktu Universal Selaras (Coordinated Universal Time, kependekannya UTC) merupakan waktu piawai berdasarkan jam atom kejituan tinggi. UTC merupakan sambungan Waktu Meridian Greenwich (GMT). Zon waktu di dunia semua dikira dari waktu UTC dengan menambah atau menolak masa mengikut kedudukan dari Greenwich, London. Contohnya, Waktu-Waktu Piawai Malaysia dan Singapura dikira sebagai UTC+8.
Disember 21, 2024 22:04:56 (UTC) (muat semula) |
Versi terkini Waktu ini ditakrifkan suatu nasihat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-R TF.460-6) bertajuk Standard-frequency and time-signal emissions[1] berdasarkan Waktu Atom Antarabangsa (TAI) di mana saat lompat (leap second) ditambahkan pada jarak waktu yang tidak menentu bagi mengimbangi waktu ini kepada peredaran Bumi yang diperlahankan.[2] Penambahan saat lompat ini penting untuk mengekalkan Waktu ini tepat dalam 0.9 saat mengikut waktu sejagat, iaitu UT1.[3]
Waktu ini digunakan dalam pelbagai piawaian Internet dan Jaringan Sejagat. Suatu sistem yang direka khas untuk menyelaraskan waktu komputer-komputer di seluruh Internet iaitu Protokol Masa Rangkaian, mengekodkan waktu-waktu ini menggunakan sistem waktu tersebut.[4] Pelayan komputer, perkhidmatan dalam talian serta entiti lain yang bergantung kepada waktu yang diterima secara universalnya menggunakan UTC yang lebih terperinci berbamding GMT. Para klien boleh mendapatkan waktu semasa terkini daripada pelayan internet UTC yang rasmi jika ketepatan yang dingini adalah terhad. Mereka yang inginkan ketepatan yang lebih sehingga ke mikrosaat pula boleh mendapatkan waktu sebenar daripada isyarat satelit.
UTC juga merupakan piawaian waktu yang digunakan dalam penerbangan,[5] misalnya untuk tujuan rancangan penerbangan dan kebenaran lalu lintas udara. Kesemua ramalan dan peta cuaca menggunakan piawaian ini untuk mengelakkan kekeliruan mengenai zon waktu dan waktu jimat siang. Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa turut menggunakan UTC sebagai piawaian waktunya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.