![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/43/Rosa_Luxemburg_%2528cropped%2529.jpg/640px-Rosa_Luxemburg_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Rosa Luxemburg
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rosa Luxemburg (5 Mac 1870 atau 1871 – 15 Januari 1919; bahasa Poland: Róża Luksemburg) ialah seorang ahli teori politik Marxisme, ahli falsafah sosialisme, dan revolusioner Jerman. Dilahirkan di Poland, beliau merupakan ahli teori untuk Parti Demokratik Sosial Kerajaan Poland[1] yang kemudian terlibat dalam Parti Demokrasi Sosial Jerman, diikuti oleh Parti Demokrasi Sosial Bebas Jerman.
Rosa Luxemburg | |
---|---|
![]() Rosa Luxemburg portrait, c. 1895–1905 | |
Kelahiran | Rozalia Luksenburg (1871-03-05)5 Mac 1871 |
Meninggal dunia | 15 Januari 1919(1919-01-15) (umur 47) |
Sebab kematian | Hukuman mati |
Warganegara | Polish |
Kerakyatan | German |
Pusat pendidikan | Universiti Zurich (Dr. jur., 1897) |
Pekerjaan | Ahli ekonomi Ahli falsafah Ahli revolusi |
Parti politik |
|
Pasangan | Gustav Lübeck |
Rakan kongsi domestik | Leo Jogiches Kostja Zetkin |
Luxemburg memulakan sebuah akhbar, Die Rote Fahn, dan merupakan pengasas bersama untuk Liga Spartacus (bahasa Jerman: Spartakusbund), sebuah kumpulan revolusioner yang kemudian menjadi Parti Komunis Jerman.[1] Suatu pemberontakan meletus di Berlin pada Januari 1919 berikutan propaganda Luxemburg, percubaan itu ditewas oleh saki-baki tentera pemerintahan beraja serta tentera awam bebas yang bersama-sama digelarkan Freikorps. Luxemburg dan beratus-ratus orang yang lain ditangkap, diseksa, dan kemudian dibunuh. Kematian beliau bersama Karl Liebknecht terutamanya menjadi suatu titik penting dalam dorongan pengikut sosialisme demokrasi dan arxisme memperjuangkan fahaman mereka.[2]