From Wikipedia, the free encyclopedia
Freikorps (disebut [ˈfʀaɪ̯ˌkoːɐ̯], "Kor Bebas") adalah unit sukarelawan Jerman yang wujud dari kurun ke-18 hingga awal kurun ke-20, anggota-anggotanya berjuang secara efektif sebagai tentera upahan, tanpa mengambil kira kewarganegaraan. Didalam negara yang bertutur bahasa Jerman Freikorps yang pertama dipanggil "rejimen bebas" (Jerman: Freie Regimenter ) telah dibentuk pada kurun ke-18 daripada sukarelawan asli, pembelot dan pembolos musuh, dan penjenayah. Unit lengkap ini kadangkala berkhidmat sebagai pasukan infantri dan kavalri atau, paling jarang, sebagai pasukan artileri. Kadangkala hanya dalam kekuatan kompeni, kadangkala dalam formasi sehingga beribu-ribu orang, terdapat juga pelbagai formasi atau legion campuran. Freikorps Von Kleist Prusia mengandungi infantri, jäger, dragoon dan hussar. Volontaires de Saxe Perancis menggabungkan uhlan dan dragoon.
Pada awal kurun ke-20, Freikorps telah dididik untuk menentang Republik Weimar yang baru dibentuk, dan juga rakan-rakan berhaluan kiri mereka, sewaktu awal tahun 1920an. Organisasi separa tentera ini "berkeliaran dikawasan luar bandar, membunuh dengan sewenang-wenangnya."[1] "Mereka terlibat dalam konfrontasi berdarah dengan pengikut setia republik dan mencipta sebahagian pembunuhan yang lebih terkenal" disepanjang pemerintahan Weimar, dan dikenali secara meluas sebagai "pelopor Nazisme".[2] Satu siri anugerah Freikorps juga wujud, semuanya digantikan pada tahun 1933 oleh Pingat Kehormatan bagi veteran-veteran Perang Dunia I.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.