From Wikipedia, the free encyclopedia
Richard Nikolaus Eijiro, Count dari Coudenhove-Kalergi[1] (16 November 1894 – 27 Julai 1972) merupakan seorang ahli politik dan ahli falsafah Austria dan bangsawan berpangkat Count dari kewarisan Coudenhove-Kalergi. Merupakan seorang perintis integrasi Eropah, dia juga menjadi presiden sulung Kesatuan Seeropah selama 49 tahun. Ibu bapa beliau adalah Heinrich von Coudenhove-Kalergi, seorang diplomat Austria-Hungary, dan Mitsuko Aoyama, anak perempuan kepada seorang pendagang minyak, penjual antique dan pemilik tanah besar di Tokyo.[2] Nama zaman kecil beliau ialah Aoyama Eijiro. Seorang warga asli Austria-Hungary, dia menjadi warga Czechoslovakia pada 1919 dan seterusnya memperolehi kewarganegaraan Perancis dari 1939 hingga kematiannya.
Richard von Coudenhove-Kalergi | |
---|---|
Count dari Coudenhove-Kalergi | |
Lahir | Aoyama Eijiro 16 November 1894 Tokyo, Japan |
Mangkat | 27 Julai 1972 77) Schruns, Austria | (umur
Keturunan | Coudenhove-Kalergi |
Ayahnda | Heinrich von Coudenhove-Kalergi |
Bonda | Mitsuko Aoyama |
Pekerjaan | Ahli politik |
Karya pertama beliau, Pan-Europa, diterbitkan pada tahun 1923 dan mengandungi borang keahlian untuk gerakan Pan-Eropah, yang mengadakan majlis pertamanya pada 1926 di Vienna. Pada 1927, Aristide Briand dipilih sebagai presiden kehormatan gerakan Pan-Eropah. Tokoh awam yang menghadir di majlis Pan-Eropah termasuk Albert Einstein, Thomas Mann dan Sigmund Freud.[3]
Coudenhove-Kalergi merupakan penerima pertama Anugerah Charlemagne pada 1950. Tahun akademik 1972–1973 di Kolej Eropah dinamakan dalam menghormati beliau. Beliau mencadangkan "Ode to Joy" Beethoven sebagai Lagu Kebangsaan Eropah. Dia juga mencadangkan Hari Eropah, stem persuratan Eropah,[4] dan banyak lagi artifak untuk gerakan tersebut (spt. lencana dan panji).[5]
Coudenhove-Kalergi merupakan anak lelaki kedua Heinrich von Coudenhove-Kalergi (1859–1906), seorang bangsawan dan diplomat Austria-Hungary. Ibu beliau ialah Mitsuko Aoyama (1874–1941). Ayah beliau, yang mahir bertutur dalam enam belas bahasa dan menganuti pengembaraan sebagai satu-satunya cara untuk memanjangkan nyawa tetapi meninggal berumur empat puluhan, telah dari awal meninggalkan kerjaya dalam pentadbiran diplomatik Austria yang membawa beliau ke Athens, Kustantiniyah, Rio de Janeiro dan Tokyo, untuk membakti dirinya kepada pengajian dan penulisan.
Ibu bapa Coudenhove-Kalergi menemui kali pertama bila ibu beliau membantu sang diplomat Austria-Hungary selepas dia terjatuh dari seekor kuda sewaktu menunggang di Jepun. Dalam pengulasan akan pasangan mereka, Whittaker Chambers menghuraikan bakal pengusul Pan-Eropah sebagai "hampir pertubuhan Pan-Eropah sendiri". Dia menjelaskan "Sang Coudenhove adalah sebuah keluarga kaya Flemish yang berlari ke Austria semasa Revolusi Perancis. Sang Kalergis adalah sebuah keluarga kaya Yunani dari Kriti. Selanjutnya keturunan tersebut telah disilang bersama orang Poland, Norway, Baltik, Perancis dan Jerman, tetapi kerana keluarga-keluarga berikut sifat pemilih dan juga kosmopolitan, kacukan tersebut agak berjaya secara konsisten."[6] Rumpun keluarga Kalergis mengatakan keturunannya dari golongan diraja Byzantium melalui kebangsawanan Venice, bersambung dengan kerabat Phokas. Pada 1300, leluri Coudenhove-Kalergi, Alexios Phokas-Kalergis menandatangani perjanjian yang membuat Kriti sebuah jajahan Venice.
Semasa dia membesar, bonda Coudenhove-Kalergi membacakan kepadanya Momotarō dan kisah dongeng Jepun lain.[7]
Coudenhove-Kalergi meluangkan masa keremajaan di harta pusaka keluarga Bohemia di Ronsperg, kini dikenali sebagai Poběžovice. Ayah beliau sendiri mengajar dua anak lelakinya bahasa Rusia dan Hungari dan memperkukuhkan mereka dari segi fizikal dan moral. Beliau membawa mereka berjalan panjang segala cuaca, mengarah mereka tidur atas tilam jerami dan bermandi air sejuk. Dia juga mendidik mereka dalam bidang berlawan pedang dan penembakan agar tiada siapa berani mencabari mereka. Beliau juga membawa mereka ke Misa setiap hari Ahad. Pada setiap Jumaat Agung, seketika liturgi menyampai pengisytiharan "oremus et pro perfidis Judaeis" ("Marilah kami juga memperdoakan Yahudi yang bermuslihat"), bangsawan tua itu akan bangkit dan keluar dari gereja sebagai protes terhadap pengeluahan bergamak antisemitisme itu.[6]
Coudenhove-Kalergi berdidikan di Augustiner-Gymnasium di Brixen sebelum bersekolah di Theresianische Akademie di Vienna dari 1908 hingga 1913. Beliau memperolehi doktorat falsafah dengan tesis tentang Die Objectivität als Grundprinzip der Moral (Objektiviti sebagai Prinsip Berdasaran Moral) pada 1917 dari Universiti Vienna.
Semasa zaman pemuridannya, beliau mengahwini pelakon Yahudi Vienna terkenal Ida Roland pada April 1915. Penikahannya kepada seorang janda tiga belas tahun lebih tua darinya, dan seorang rakyat jelata, mengakibatkan pembelahan sementara dengan keluarganya. Ibunya Mitsuko tidak menerima Ida, menganggapnya sebagai seorang "pengemis bertinggalan di tebing sungai"[8], satu sudut pandangan tradisional Jepun terhadap pelakon dan penghibur. Ibunya, sebagai ketua keluarga, melarangnya dari keluarga untuk sementara, tetapi berserah apabila Coudenhove-Kalergi menjadi termasyhur untuk konsep Pan-Eropah beliau.
Berusulan bangsawan dan berfikiran elitis, Coudenhove-Kalergi berkenalan dan bercampur baur bersama ahli politik seperti Engelbert Dollfuss, Kurt Schuschnigg, Otto von Habsburg, Winston Churchill dan Charles de Gaulle.[9] Tokoh politik terunggulnya adalah seorang budiman yang harus hormat dan melindungi wanita, seorang yang berpegang kepada kejujuran, keadilan, keadaban dan pembahasan rasional.[10][11] Dia berjuang untuk menggantikan keunggulan masyarakat perkauman nasionalis Jerman dengan matlamat bangsa Eropah berkelompok heterogeni berdasarkan persamaan budaya, satu bangsa yang ditokohi "orang Eropah gah" seperti abbé de Saint-Pierre, Kant, Napoleon, Giuseppe Mazzini, Victor Hugo, and Friedrich Nietzsche.[12][13]
Coudenhove-Kalergi diiktiraf sebagai penubuh gerakan terkenal pertama untuk Eropah yang bersatu. Pengaruhan cendekiannya berjulat dari Immanuel Kant, Rudolf Kjellén dan Oswald Spengler ke Arthur Schopenhauer dan Friedrich Nietzsche. Di bidang politik, dia penyokong teruja akan "titik empat belas" digubah oleh Woodrow Wilson pada 8 Januari 1918 dan keputusan pasifis Kurt Hiller. Pada Disember 1921, beliau menyertai Loji Masonik "Humanitas" di Vienna.[14] Pada 1922, dia ko-menubuh Kesatuan Pan-Eropah (Pan-European Union, atau PEU) bersama Archduke Otto von Habsburg, sebagai "satu-satunya cara untuk berlindungan terhadap bakal hegemoni dunia oleh Rusia."[15] Pada 1923, beliau menerbitkan manifesto berjudul Pan-Europa, setiap salinan mengandungi borang keahlian yang memelawa para pembaca untuk menjadi ahli gerakan Pan-Eropah. Beliau menjulangi demokrasi sosial sebagai penambahbaikan kepada "kebangsawanan feudal berpedangan" tetapi keazaman beliau adalah untuk membina satu masyarakat konservatif yang mengambil alih dari demokrasi dengan "kebangsawanan sosial dari semangat."[16] Loji freemason Eropah menyokong gerakan beliau, termasuk loji Humanitas.[17] Pan-Europa diterjemahkan di dalam bahasa-bahasa negara Eropah (kecuali bahasa Itali, yang mana edisi belum diterbit seketika itu), bahasa rekaan Occidental[18] dan pelbagaian bahasa lain, kecuali Rusia.[19]
Pada April 1924, Coudenhove-Kalergi mengasaskan jurnal Paneuropa (1924–1938) yang mana dia penyunting dan pengarang utama. Tahun seterusnya beliau mula menerbitkan karya utamanya, Kampf um Paneuropa (Perjuangan demi Seeropah, 1925–1928, tiga judul). Pada 1926, Majlis Pertama Kesatuan Pan-Eropah telah diadakan di Vienna dan 2,000 pewakil memilih Coudenhove-Kalergi sebagai presiden pertama Majlis Utama, kedudukan dia memegang sehingga peninggalannya pada 1972.
Wawasan asal beliau adalah untuk sebuah dunia yang dibahagikan kepada hanya lima negara: Eropah Syarikat yang akan menyambungkan negara berbenua bersama pemegangan Perancis dan Itali di Afrika; Kesatuan Se-Amerika merangkumi Amerika Utara dan Selatan; Komanwel British yang melingkari seluruh dunia; KRSS yang merentangi Eurasia; Kesatuan Se-Asia dimana Jepun dan Cina akan mengawali hampir segala lautan Pasifik. Bagi beliau, satu-satunya harapan untuk Eropah yang dibinasai peperangan adalah untuk bersekutu mengikut garisan yang dicadangkan oleh orang Romania kelahiran Hungari Aurel Popovici dan lain-lain untuk Empayar pelbagai etnik Austria-Hungari yang terbubar. Menurut Coudenhove-Kalergi, Pan-Eropah akan merangkumi dan mengembangkan Austria-Hungari yang lebih anjal dan bersaingan, dengan bahasa Inggeris berkhidmat sebagai bahasa dunia, ditutur oleh semua sekali dengan bahasa ibunda mereka. Dia memercayai bahawa individualisme dan sosialisme akan belajar bekerjasama dibalik bersaing, dan mendesak bahawa kapitalisme dan komunisme akan saling menyuburi satu sama lain umpama Reformasi Protestan telah memacu Gereja Katolik untuk memuliharakan diri sendiri.[20]
Coudenhove-Kalergi bercuba untuk menyertakan ahli politik ternama pada matlamat Pan-Eropah beliau. Beliau menawarkan presidensi cabang Austria Kesatuan Pan-Eropah kepada Ignaz Seipel, yang menerima tawarannya tanpa beragu-ragu dan mengganjarkan pemanfaatnya dengan pejabat di istana Imperial lama di Vienna. Coudenhove-Kalergi kurang berjaya dengan Tomáš Masaryk, yang merujuknya kepada majikannya Perdana Menteri Edvard Beneš yang enggan bekerjasama. Walau bagaimanapun, gagasan Pan-Eropah beliau menimbulkan sokongan dari ahli politik berpelbagaian seperti ahli politik anti-Fasis Carlo Sforza dan Presiden Jerman Reichsbank di bawah Hitler, Hjalmar Schacht. Walaupun Coudenhove-Kalergi gagal untuk memujuk Benito Mussolini, ide-ide beliau mempengaruhi Aristide Briand melalui pidatonya yang memihakkan Kesatuan Eropah di Liga Bangsa pada 8 September 1929, sekali juga "Memorandum Berdasarkan Pengaturan Rejim Kesatuan Eropah Bersekutu" 1930 beliau yang terkenal.[21]
Coudenhove-Kalergi mencadangkan "Ode to Joy" Beethoven sebagai Lagu Kebangsaan Eropah pada 1929,[4] yang mana dia kemudian mencadangnya pada 1955 sebagai Lagu Kesatuan Eropah. Pada 1930, dia mencadangkan Hari Eropah pada bulan Mei[4] dan pada 1932 dia mencadangkan persambutan setiap 17 Mei, ulang tahun "Memorandum" Aristide Briand diterbitkan pada 1930.[22]
Walau bagaimanapun, Pan-Europeanisme beliau memperolehi keberangan besar dari Adolf Hitler, yang mengecam pasifisme dan ekonomisme mekanikalnya dan mengutuk penubuhnya sebagai "bangsat."[23][24] Pandangan Hitler terhadap Coudenhove-Kalergi sebagai "tidak berumpun, kosmopolitan, dan kacukan sombong" akan mengulang kesilapan bersejarah leluri Coudenhove yang berkhidmat demi Kerabat Habsburg.[25] Pada 1928, Hitler menulis tentang saingan politiknya di dalam karya Zweites Buch beliau, menghuraikan beliau sebagai "Aller welts bastarden (bangsat jelata) Coudenhove".[26][27]
Hitler tidak mengongsi buah fikiran sewarganya dari Austria. Dia menghujah dalam Buku Rahsia 1928-nya bahawa mereka tidak sesuai bagi perlindungan Eropah kelak terhadap Amerika. Sambil Amerika mengisi lebensraum Amerika Utaranya, "desakan aktivis lazim yang menyifat bangsa muda akan menghala ke luar". Tetapi begitu, "sebuah negara pasifis-demokratik mengarut Pan-Eropah" tidak boleh menentang Amerika Syarikat, kerana ia "menurut perpandangan bangsat kebanyakan itu, Coudenhove-Kalergi..."[28] Kritikan Nazi dan propaganda terhadap Coudenhove-Kalergi, dan perpandangan dunia Eropah beliau, akan berabad kemudian membentuk landasan teori konspirasi rasis rancangan Kalergi.[29]
Para Nazi menganggap Persatuan Pan-Eropah berada di bawah kawalan Freemason.[30] Pada 1928, buku propaganda Nazi Die Freimaurerei: Weltanschauung, Organisation und Politik telah diterbit dalam bahasa Jerman.[31] Ia membongkarkan keahlian Freemason Coudenhove-Kalergi, sebuah pertubuhan yang dipendam para Nazi.[32] Di sisi lain pula, namanya tidak ditemui dalam direktori Masonik 10,000 Famous Freemasons diterbit pada 1957–1960 oleh freemason Amerika Syarikat.[33] Beliau sudah meninggalkan Loji Masonik Vienna pada 1926 untuk mengelak kritikan yang berlaku pada masa itu terhadap hubungan antara gerakan Pan-Eropah dan Freemason. Beliau menulis tentang keahlian Masoniknya dalam Ein Leben für Europa (Satu Kehidupan untuk Eropah) diterbit pada 1966.[34] Malahnya, buku diayahnya juga menghuraikan tindakannya pada 1924–1925 sahaja. Walau begitu, diayah ini juga menyatakan bahawa "Loji Besar Wien memergi secara teruja untuk berusaha demi Persatuan Pan-Eropah dalam seruan kepada segala kewibawaan Masonik besar. Mahupun surat khabar Masonik The Beacon menerujai akan buah fikiran Freemason tahap tinggi Coudenhove-Kalergi dan menyatakan pada Mac 1925: "Freemasonan, terutamanya Freemasonan Austria, boleh terpuas sepenuh-penuhnya untuk milik Coudenhove-Kalergi di antara ahlinya. Freemasonan Austria boleh sebetulnya melapori bahawa Saudara Coudenhove-Kalergi memperjuangkan kepercayaan Pan-Eropah beliau: kejujuran politik, wawasan sosial, dan pergelutan terhadap dusta, menuju untuk pengiktirafan dan perkerjasamaan akan segala yang berniat baik. Dalam pengertian ini, program Saudara Coudenhove-Kalergi adalah jasa Masonik bertaraf tertinggi, dan untuk berusahakannya bersama adalah tugas tinggi untuk semua saudara Mason.""[35]
Selepas pengilhakan Austria oleh Jerman Nazi pada 1938, Coudenhove-Kalergi melarikan diri ke Czechoslovakia dan seterusnya ke Perancis. Sewaktu Perancis menjatuh ke Jerman pada 1940, dia melarikan diri ke Amerika Syarikat megikut Switzerland dan Portugal. Selepas beliau melepasi beberapa hari selepas pelarian berjayanya ke Amerika Syarikat, dia mendengari radio mengumumkan kemungkinan yang dia telah mati.[36] Semasa Perang Dunia II, dia meneruskan seruannya untuk penyatuan Eropah mengikut axis Paris-London. Politik semasa perang dan jelajahannya menjadi asas kehidupan betil untuk wira pertentangan bercerekaan Victor Laszlo, watak Paul Henreid dalam Casablanca.
Coudenhove-Kalergi menerbitkan karyanya Crusade for Paneurope pada 1944. Rayuannya untuk persatuanan Eropah menikmati sedikit sokongan dari Winston Churchill, Allen Dulles, dan "Wild Bill" Donovan.[37] Selepas pengumuman Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941, dia menggubahkan memorandum berjudul "Kemerdekaan Austria berdasarkan Piagam Atlantik" dan menghantarnya ke Winston Churchill dan Franklin Delano Roosevelt. Dalam kenyataan kedudukan beliau, Coudenhove-Kalergi mengambil matlamat piagam tersebut dan menyarankan diri beliau sendiri sebagai ketua kerajaan buangan. Kedua-dua Churchill dan Roosevelt menjauhkan diri dari dokumen ini. Dari 1942 hingga pulangan beliau ke Perancis pada 1945, beliau mengajar di Universiti New York, yang melantik beliau sebagai profesor sejarah pada 1944. Di universiti sama, Profesor Ludwig von Mises mengaji masalah kewangan untuk gerakan Coudenhove-Kalergi.[38]
Pada 22 July 1943, para Nazi melucutkan dari beliau sarjana Doktor Falsafah beliau dari Universiti Vienna, atas hujahan rasis, bahawa sebagai seorang "Yahudi" beliau tidak diiktiraf bermaruah untuk sebuah sarjana dari Universiti Jerman ("eines akademischen Grades einer deutschen Hochschule unwürdig") – walaupun beliau bukan Yahudi mahupun keluarga beliau bukan Yahudi.[39] Sarjana doktorat beliau hanya dipulangkan pada 15 Mei 1955, enam tahun selepas penubuhan Republik Bersekutuan Jerman, berdemikian sepuluh tahun selepas penamatan Nazisme.[39]
Penamatan Perang Dunia II merasmikan pemuliharaan harapan Pan-Eropah. Pada musim sejuk 1945, Harry S. Truman membaca sebuah rencana dalam isu Disember majalah Collier's yang Coudenhove-Kalergi menyiarkan tentang integrasi Eropah. Rencananya mengagumi Truman, dan ia dianuti sebagai polisi rasmi Amerika Syarikat.[40] Pidato bersambutan Winston Churchill pada 19 September 1946 kepada Pemuda Akademik di Zurich menjulangi "usaha-usaha Persatuan Pan-Eropah yang sangat banyak terhutang kepada Count Coudenhove-Kalergi dan yang menguasai pembaktian patriot terkenal Perancis dan negarawan Aristide Briand."[41] Pada November 1946 dan musim bunga 1947, Coudenhove-Kalergi mengedarkan pertanyaan dihala kepada ahli-ahli parlimen Eropah. Pertanyaan ini telah memutuskan pertubuhan Persatuan Parlimen Eropah (European Parliamentary Union, atau EPU), sebuah pertubuhan swasta secara bernama yang mengadakan persidangan berdahuluannya pada 4–5 Julai di Gstaad, Switzerland, dan menurutnya dengan sidang penuh pertamanya pada 8 ke 12 September. Berucap di persidangan EPU pertama, Coudenhove-Kalergi berhujah bahawa perlembagaan pasaran luas dengan kewangan stabil adalah kendera untuk Eropah membina semula potensinya dan mengambil kedudukan yang berlayakannya di dalam konsert Kenegaraan. Pada masa yang kurang berkawal, dia kedengaran menganjuri pemuliharaan kemaharajaan Charlemagne.[42] Pada 1950 dia menerima Karlspreis (Anugerah Charlemagne) tahunan pertama, diberi oleh kota Jerman Aachen kepada tokoh yang menyumbangi kepada gagasan Eropah dan keamanan Eropah. Di Jepun, seorang ahli politik Ichirō Hatoyama telah dipengaruhi oleh persahabatan Coudenhove-Kalergi dalam buku beliau The Totalitarian State Against Man. Ia diterjemah ke bahasa Jepun oleh Hatoyama dan diterbit pada 1952. Coudenhove-Kalergi telah dilantik sebagai pengerusi kehormatan persatuan persahabatan muda yang Hatoyama, dengan pengaruhan buku beliau, telah menubuh pada 1953.
Pada 1955, beliau menyarankan "Ode to Joy" Beethoven sebagai lagu untuk Lagu Kebangsaan Eropah,[43] sebuah cadangan yang Majlis Eropah menerima 16 tahun kemudian.
Pada 1960-an, Coudenhove-Kalergi mendesak Austria untuk menuju "polisi aktif akan keamanan", sebagai sebuah "lawanan terhadap Perang Dingin dan kesinambungannya, peperangan atomik". Beliau menganjurkan pencampuran Austria dalam politik dunia untuk mengekalkan keamanan, sebagai "neutraliti aktif". Beliau meneruskan penganjuran akan kesatuanan Eropah sebagai memoranda diedarkan ke kerajaan Republik Bersekutuan Jerman, Perancis, United Kingdom, dan Itali. Beliau mencadangkan rundingan antara Komuniti Eropah dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah kepada membentuk sebuah "persatuan kastam Eropah" yang akan terbebas dari hubungan-hubungan politik dan ketenteraan, tetapi yang akan kesudahannya menganuti persatuan kewangan.
Dalam buku 1925 beliau Practical Idealism, Coudenhove-Kalergi mewawasi sebuah kaum masa depan serba-rangkumi yang terdiri daripada "Eurasian-Negroid", menggantikan "kepelbagaian umat" dan "kauman dan kelas kini" dengan "kepelbagain individu".[44]
Coudenhove-Kalergi juga percaya bahawa Eropah yang bersatu adalah wajar atas sebab budaya dan kaum. Dalam risalahnya Paneuropa Kalergi menulis bahawa "Pan-Europe harus menjadi ekspresi politik masyarakat budaya Eropah", bahawa semua "negara linguistik" Eropah akan dikumpulkan menjadi "satu bangsa tunggal", sama seperti gerakan Pan-Hellenic. membawa rakyat Greece menjadi "satu negara besar untuk Hellenics".[45]
Dalam satu temuramah di Kongres Pan-Eropah pertama pada 1926, beliau meluahkan sokongan terhadap Yahudi oleh gerakan Pan-Eropah dan manfaat kepada Yahudi dengan penghapusan kebencian perkauman dan persaingan ekonomik yang dibawa oleh Eropah Syarikat.[46]
Pada 1932, Coudenhove-Kalergi menggubah, dan mengarah rumah penerbitan beliau isu balik, satu prakat untuk edisi terbaru kutukan ayah beliau Heinrich von Coudenhove-Kalergi terhadap antisemitisme pada hidupan lewat beliau. Pada 1933, beliau membalas akan kebangkitan Nazisme dengan berkerjasama dengan Heinrich Mann, Arthur Holitscher, Lion Feuchtwanger, dan Max Brod dalam menulis dan menerbit pamphlet Gegen di Phrase von jüdischen Schädling ("Bertentangan dengan frasa 'Parasit Yahudi'").
Gagasan Pan-Eropah mempengaruhi seorang diplomat Jepun muda – pada masa depan, presiden Kajima Corporation – Morinosuke Kajima semasa kediaman beliau di berlin pada 1922. Coudenhove-Kalergi membentuk sebuah persahabatan bersama Kajima dan seterusnya meminta beliau untuk terjemahkan buku Pan-Europa ke bahasa Jepun.[47] Beliau mencadangkan Pan-Asia ke Kajima dan berjanji untuk memberi Hindia Belanda sebagai persahabatan mereka selepas penyedaran tugas untuk menubuh Pan-Asia.[47] Kajima telah menerbit Pan-Europa dalam bahasa Jepun pada 1927. Pada 1930, Kajima bersara dari Kementerian Luar Negeri untuk menjadi ahli parlimen. Keazaman beliau untuk menjadi ahli parlimen oleh kerana pengaruhan Coudenhove-Kalergi.[48] Pada 1970–1971 beliau menerbitkan karya lengkap Coudenhove-Kalergi dari Kajima Institute Publishing yang ditubuhkan oleh Morinosuke Kajima. Beliau menghormati Coudenhove-Kalergi sepanjang hayat, mengimpikan penyedaran Pan-Asia.[47]
Di Jepun, gagasan Pan-Eropah juga mempengaruhi seorang wartawan bernama Yoshinori Maeda, presiden NHK. Beliau menjadi perintis Persatuan Broadcast Asia-Pasifik dengan imej Pan-Europa yang beliau membaca pada waktu pelajarannya.[49]
Pada 1953 Ichirō Hatoyama menubuhkan Persatuan Pemuda Yuai (kemudian Persatuan Yuai), persatuan persahabatan sebagai kesambungan persahabatan yang Coudenhove-Kalergi menyebut dalam The Totalitarian State Against Man. Perkataan Jepun yūai (友愛) mempunyai beberapa maksud tetapi khususnya perkataan digunakan oleh Hatoyama bermakna persahabatan dan dalam bahasa Jerman brüderlichkeit.[50] Ia boleh juga dikenali persamaan ke "Kebebasan, Keadlian, Kesahabatan" (Persaudaraan), motto Republik Perancis. Seorang pendidik, Kaoru Hatoyama menjadi presiden kedua persatuan selepas suaminya Ichirō, presiden pertama, meninggal pada 1959.
Pada 1967, Coudenhove-Kalergi telah dianugerahi Anugerah Keamanan Kajima, dan dijemput ke Jepun oleh Morinosuke Kajima sebagai presiden Kajima Institute of International Peace, Yoshinori Maeda sebagai presiden NHK, dan Kaoru Hatoyama sebagai presiden Persatuan Pemuda Yuai. Bersama dengan isteri kedua beliau atas kerusi roda,[51] Coudenhove-Kalergi menduduk di Jepun dari 26 Oktober hingga 8 November. Dia juga ditemani oleh anak perempuan adik lelaki Gerolf beliau Barbara.[52] Richard von Coudenhove-Kalergi juga dianugerahi Darjah Pertama Khazanah Suci dari Jepun. Beliau diizinkan bertemu dengan Maharaja Hirohito, Maharani Kōjun, anakanda mereka Putera Mahkota Akihito yang kepadanya beliau mempersembahkan buku beliau pada 1953 di Switzerland, dan Puteri Mahkota Michiko. Kali ini, dia telah kembali ke Jepun untuk kali pertama semenjak zaman peranakan beliau 71 tahun dahulu. Beliau memberi beberapa syarahan dan menemui berpelbagai pemimpin. Coudenhove-Kalergi menghabiskan 2 minggu di Jepun sebagai tetamu dalam TV Jepun, radio, surat khabar, majalah, dan media lain.[53] Semasa di Jepun, Coudenhove-Kalergi khusus-khususnya meminta pertemuan bersama presiden Sokka Gakkai, Dr. Daisaku Ikeda, kerana Coudenhove-Kalergi telah ditarik karya Ikeda selama banyak tahun. Selepas pertemuan pertema mereka pada Oktober 1967, Coudenhove-Kalergi menghuraikan Ikeda sebagai "sangat cergas, bercintakan-hidup, bermaruah, beramah dan cerdik".[54]
Coudenhove-Kalergi melawati Jepun sekali lagi atas jemputan Soka Gakkai pada Oktober 1970.[55] Semasa pendiamannya, beliau dan Daisaku Ikeda mengadakan dialog rasmi dalam tempoh beberapa hari, sejumlah lebih 12 jam darinya dirakam untuk pewarisan.[56] Dia juga melawati kampus Universiti Soka di Tokyo, yang mana masih dalam pembinaan pada masa itu.[55]
Dua dekad kemudian, pada 1990, Ikeda mencadangkan bahawa lagu kegemaran Coudenhove-Kalergi, "Ode to Joy" karya Beethoven, dipersembahkan secara lazim di perjumpaan utama Sokka Gakkai. Ia dilaporkan di Jepun yang ini salah satu sebab pembelahan antara Sokka Gakkai dan Sokka Gakkai Antarabangsa (Sokka Gakai International atau SGI) dari Nichiren Shoshu pada 1991, kerana kemimamatan Nichiren Shoshu membantahi "asal usul Kristian" lagu tersebut.
Menurut laporan masonik, Coudenhove-Kalergi meninggal akibat strok.[57] Walau bagaimanapun, setiausaha beliau menunjukkan bahawa Coudenhove-Kalergi mungkin membunuh diri. Dalam memoir beliau yang ditulis oleh setiusaha tersebut, dia mengata bahawa peninggalan beliau telah disimpan rahsia agar tidak mengecewakan mereka yang menyebut beliau sebagai pewawas agung integrasi Eropah.[58] Coudenhove-Kalergi adalah ketua Kesatuan Pan-Eropah hingga kematian beliau. Jawatan presiden beliau digantikan oleh Otto von Habsburg.
Coudenhove-Kalergi ditanam di Gruben dekat Gstaad.[59] Kubur beliau, ditutupi anggur buas, terletak di kebun batu Jepun di Alpes Swiss. Di kuburnya adalah epitaph Perancis "Pionnier des États-Unis d'Europe" (Perintis Eropah Syarikat).[60]
Coudenhove-Kalergi mengahwini tiga kali: ke Ida Roland (1881–1951), ke Alexandra Gräfin von Tiele-Winckler (1896–1968), dan ke Melanie Benatzky-Hoffmann (1909–1983). Cahaya mata berketahuan beliau adalah anak perempuan Ida Erika dan anak lelaki Alexandra Alexander, dua daripadanya adalah anak angkat beliau.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.