mata wang rasmi Iran From Wikipedia, the free encyclopedia
Rial (ریال dalam bahasa Parsi; Kod ISO 4217 IRR) adalah mata wang rasmi negara Iran. 1 rial dibahagikan kepada 100 dinar. Mata wang rial menggantikan mata wang lama yang dikenali sebagai toman dan 1 toman bernilai 10 rial. Walaupun rial menggantikan mata wang toman, ia masih dipanggil toman oleh rakyat Iran.
Duit syiling yang berada dalam peredaran adalah: 5, 10, 50, 100, 250, dan 500 rial. Wang kertas dalam peredaran adalah: 100, 200, 500, 1000, 2000, 5000, 10,000 dan 20,000 rial.[1] Kadar pertukaran rial Iran pada 2 Januari 2005 adalah AS$ 1 = 8,812.06 rial.
Mata wang Rial diperkenalkan pada tahun 1798 dan ia bernilai 1250 Dinar atau satu per lapan Toman. Pada tahun 1825, pengeluarannya diberhentikan dan digantikan dengan Qiran yang bernilai 1000 dinar atau satu Toman. Qiran diperkenalkan sejajar dengan pengenalan sistem perpuluhan. Rial sekali lagi dijadikan mata wang rasmi Iran pada tahun 1932 tetapi kali ini dibahagikan kepada 100 Dinar Baru.
Sebelum sistem perpuluhan diperkenalkan pada tahun 1932, berikut adalah mata wang yang digunakan Iran dan ia masih lagi digunakan dalam konteks kebudayaan:[2]
Mata Wang Lama | Dalam Dinar | Tarikh Dikeluarkan |
---|---|---|
shahi | 50 dinar | Wangsa Samani |
mahmoudi (sannar) | 100 dinar | Sultan Mahmud |
abbasi | 200 dinar | Shah Abbas I |
naderi (da-shahi) | 500 dinar | Nadir Shah |
qiran | 1000 dinar | Fath Ali Shah (1825) |
rial | 1250 dinar | Fath Ali Shah (1798) |
dozari | 2000 dinar | Wangsa Qajar |
toman | 10000 dinar | Ilkhanat |
Syiling perak mula diperkenalkan di dalam peringkat nilai ⅛, ¼, ½ dan 1 rial.
Syiling pertama untuk Rial Kedua adalah di dalam peringkat nilai 1, 2, 5, 10 dan 25 Dinar, ½, 1, 2 dan 5 Rial dan ½ hingga 5 Rial ditempa dengan perak. Syiling emas digunakan ketika era Pahlavi, bermula dengan nilai 100 Rial. Pada tahun 1944, syiling perak dikecilkan saiznya dimana 1 Rial adalah syiling yang terkecil. Pada tahun 1945, syiling perak 10 Rial diperkenalkan. Pada tahun 1953, penempaan syiling perak diberhentikan dan peringkat nilai terkecil pula ialah 50 Dinar. Syiling 20 Rial pula diperkenalkan pada tahun 1972
Selepas Revolusi Iran, sistem duit syiling diubah untuk mengalihkan ukiran Shah Pahlavi tetapi ukuran dan komposisinya tidak diubah. Syiling 50 Dinar mula ditempa pada tahun 1980 dan syiling 50 Rial dirasmikan pada tahun 1981. Tahun 1993 pula menyaksikan perasmian sistem pensyilingan baru Iran. Duit syiling dengan nilai yang lebih rendah diperkenalkan iaitu 1, 5, 10, 50 dan 100 Rial. 250 Rial dikeluarkan pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004, ukuran duit syiling 50, 100 dan 250 Rial dikurangkan dan syiling 500 Rial diperkenalkan
Pencetakan nota bank yang bernilai lebih daripada 10,000 Rial mula diusulkan pada tahun 1989 dan pada tahun 1992, bank pusat memohon kebenaran kerajaan untuk mencetak nota bank 20,000, 50,000 dan 100,000 Rial. Disebabkan ancaman inflasi dan pemalsuan, usul ini terpaksa dilupakan.[3] Maka 10,000 Rial adalah nota bank tertinggi sehinggalah pada tahun 2003, dimana mata wang kertas 20,000 diperkenalkan
Pada tarikh 4 Mac 2007, kerajaan Iran mengumumkan pengeluaran mata wang kertas 50,000 Rial tetapi ia bergantung kepada Program Nuklear Iran. Nota ini diperkenalkan pada 12 Mac.[4][5] Nota mata wang kertas yang masih lagi digunakan bernilai 100, 200, 500, 1000, 2000, 10,000, 20,000 dan 50,000 Rial.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.