Jawatan istana yang tertinggi dipegang oleh anggota diraja. Jemaah terdiri daripada anak raja Seri Menanti yang mengendalikan hal ehwal istana dan adat istiadat luak Tanah Mengandung. From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Amat Mulia Putera Yang Empat Negeri Sembilan ialah istilah khas bagi empat orang putera di Negeri Sembilan yang menjadi pewaris takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Keempat-empat putera ini akan menjadi calon Yang di-Pertuan Besar yang akan dipilih oleh Undang Yang Empat sebaik sahaja berlakunya kemangkatan Yang di-Pertuan Besar semasa[1]. Putera Yang Empat terdiri daripada mereka yang menyandang jawatan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar[2].
Yang Amat Mulia Putera Yang Empat Negeri Sembilan | |
---|---|
Penjawat kini | |
| |
Butiran | |
Pembentukan | 1831 |
Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuklah menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar[2].
Di samping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan beberapa anggota lain[2].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.