Seramai 11 maut termasuk lima tebusan dalam rompakan bank di bandar Milagres, Rio de Janeiro, Brazil.
Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran diteruskan di Jepun bagi mencari lima askar marin Amerika Syarikat (AS) selepas dua pesawat negara ini bersama tujuh orang krew berlanggar dan terhempas di perairan Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Ritcher menggegarkan Anchorage, Alaska, mengakibatkan ratusan ribu penduduk melarikan diri ke jalan raya dan merosakkan bangunan di bandar terbesar Alaska itu.
Dua pemimpin pemisah Catalonia, Jordi Sanchez dan Jordi Turull yang kini ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan mereka selesai melancarkan mogok lapar sebagai tunjuk perasaan terhadap layanan yang diberikan oleh mahkamah Sepanyol.
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala richter berlaku di Kepulauan Tanimbar, Indonesia.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H. W. Bush meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Bencana tsunami melanda Selat Sunda menyebabkan sekurang-kurangnya 437 orang terkorban bersama-sama 14,059 yang lain tercedera.
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh manakala 84 lagi cedera dalam serangan pengeboman bunuh diri di Kabul, Afghanistan.
Taufan Tembin membadai selatan Filipina, mengorbankan lebih daripada 200 ratus orang dan berpuluh-puluh yang lain disahkan hilang.
HMAS AE1, kapal selam milik Tentera Laut Diraja Australia yang hilang di laut pada tahun 1914, dijumpai di perairan Duke of York Islands, Provinsi Britain Baru Timur (berhampiran dengan Papua New Guinea).
Di Amerika Syarikat, kereta api penumpang Amtrak Cascades terlibat dengan kemalangan di DuPont, Washington mengorbankan sekurang-kurangnya 3 orang dan mencederakan lebih daripada 70 yang lain.
Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda kawasan Jawa Barat, Indonesia, menyebabkan 4 orang maut.
Syarikat Walt Disney mengumumkan bahawa ia akan membeli sebahagian besar pegangan saham 21st Century Fox, bernilai sekurang-kurangnya $52.4 bilion.
Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadimengisytiharkan kemenangan tentera Iraq terhadap DAISH/ISIL, selepas menawan semula wilayah yang dikuasai sejak berbulan yang lalu.
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat melalui Pengerusinya, Ajit Pai mengundi untuk memansuhkan undang-undang keberkecualian rangkaian Tajuk II.
1 DisemberMariam Ismail, seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma, meninggal dunia akibat kanser usus.
5 DisemberTunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor dan anakanda ke-4 Sultan Johor, mangkat kerana barah hati yang dihadapi beliau.
Pihak berkuasa mengesahkan penemuan serpihan dan mayat daripada Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia(gambar pesawat), yang terhempas dalam perjalanan ke Singapura dengan 162 orang penumpang.
Perdana MenteriBelgiumYves Leterme dan kerajaannya meletak jawatan di tengah-tengah kontroversi mengenai penjualan syarikat perkhidmatan kewangan Fortis.
Sukan Asia XV dibuka secara rasmi dan penuh gilang-gemilang seperti pembukaan Sukan Olimpik di gelanggang Stadium Khalifa di Doha, Qatar ini dengan 45 negara mengambil bahagian dalam temasya ini.
Parti Sosialis mendapat kenaikan undi dalam pilihan raya Belanda, manakala Jan Peter Balkenende dari Parti Kristian Demokrat mengekalkan pluraliti dalam Tweede Kamer.
Pemberontak Maoist di Nepal menandatangani perjanjian keamanan dengan kerajaan, secara rasmi menamatkan perang saudara sepuluh tahun.
Satu konsortium antarabangsa menandatangani perjanjian untuk melancarkan secara rasmi ITER, satu projek untuk membangunkan satu reaktor nuklear pelakuran secara eksperimen.