Planisfera Cantino
From Wikipedia, the free encyclopedia
Planisfera Cantino (Portugis: planisfério de Cantinocode: pt is deprecated , bahasa Inggeris: Cantino planispherecode: en is deprecated ) adalah peta paling tua dilakar yang masih terselamat menunjukkan kawasan diterokai para pelayar Portugis di timur dan barat. Peta ini dinamakan sempena Alberto Cantino, seorang wakil Ercole I d'Este iaitu pembesar (duca) kerajaan Ferrara yang berhasil menyeludupkan peta ini dari Lisbon, Portugal ke Itali pada 1502 tidak lama selepas ia selesai dihasilkan pada bulan Oktober tahun tersebut.[1] Peta ini berukuran 220 x 105 sentimeter.[2] Peta ini disimpan dalam arkib Biblioteca Estense di Modena, utara Itali.
Peta ini menunjukkan adanya kerajaan-kerajaan Nusantara yang masih wujud utuh semasa peta ini dilakarkan seperti Kesultanan Melaka (ditulis sebagai Malaqua) di Semenanjung Melayu serta kerajaan-kerajaan Pasai (ditulis sebagai Çamatora) dan Pagaruyung (Manicabo) di Sumatera (Taprobana).[3]:71-73[1] Kepulauan Maluku dan kepulauan Banda turut diterangkan kepentingan masing-masing sebagai sumber rempah cengkih dan bunga pala yang bernilai tinggi didambakan empayar tersebut.[3]:73-74