Semenanjung Tanah Melayu
Wilayah semenanjung yang disebut juga Semenanjung Kra / From Wikipedia, the free encyclopedia
Semenanjung Tanah Melayu (Jawi: سمننجوڠ تانه ملايوcode: ms is deprecated , Cina: 马来半岛 / 馬來半島, Bahasa Thai: คาบสมุทรกระcode: th is deprecated RTGS: Khābs̄muthr Kra, disebut [kʰâːp.sā.mùt krā];[1] Bahasa Burma: မလေး ကျွန်းဆွယ်code: my is deprecated ;) atau Semenanjung Malaka[n 1] merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi,[3] di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya di Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Patani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.[4]
Geografi | |
---|---|
Lokasi | Asia Tenggara |
Koordinat | 7°00′N 100°00′E |
Luas | 242,363.8 km2 (93,577.2 bt2) |
Pentadbiran | |
Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.