Sumatera
pulau di Indonesia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sumatera (Indonesia: Sumatracode: id is deprecated ; bahasa Inggeris: Sumatracode: en is deprecated ; tulisan Jawi: سوماترا)[lower-alpha 1] ialah sebuah pulau yang terletak di sebelah barat Indonesia, iaitu bahagian paling barat dari Kepulauan Sunda. Ia adalah pulau terbesar yang seluruhnya berada di wilayah Indonesia (pulau yang lebih besar, Borneo, dikongsi bersama antara Indonesia dan negara-negara lain), dan merupakan pulau keenam terbesar di dunia, dengan keluasan 473,480 km2. Penduduk pulau ini sebanyak 50,365,538 juta orang (2010). Bandar terbesar ialah Medan dengan jumlah penduduk 3,418,645 orang.
Geografi | |
---|---|
Lokasi | Asia Tenggara |
Koordinat | 0°00′N, 102°00′E |
Kepulauan | Kepulauan Sunda Besar |
Puncak tertinggi | Kerinci |
Pentadbiran | |
Indonesia | |
Aceh, Bengkulu, Jambi, Kepulauan Bangka Belitung, Kepulauan Riau, Lampung, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Sumatera Utara | |
Penempatan terbesar | Medan (pop. 3,418,645 (2009)) |
Demografi | |
Populasi | 50,365,538 juta (2010) |
Kumpulan etnik | Aceh, Batak, Nias, Minangkabau, Melayu, Rawa, Mandailing |
Peneroka koloni diperkirakan tiba di Sumatera pada 500 SM dan beberapa kerajaan besar berkembang di sana. I-Tsing, seorang sami China Buddha, pernah belajar bahasa Sanskrit dan menghabiskan empat tahun dalam hidupnya di Palembang. Penjelajah Itali Marco Polo juga melawat Sumatera dalam tahun 1292. Sumatera mempunyai spesies tumbuhan dan haiwan dalam julat yang besar, tetapi telah kehilangan 48% hutan hujan tropikanya dalam tempoh 35 tahun terakhir serta banyak spesies telah terancam genting, seperti Harimau Sumatera, Badak Sumatera, dan Orang utan Sumatera.