From Wikipedia, the free encyclopedia
Pixy (/ˈpɪksi/; Hangul: 픽시; RR: Piksi, digayakan dalam semua huruf besar) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Allart Entertainment and Happy Tribe Entertainment pada tahun 2021. Kumpulan ini terdiri dari tiga orang ahli iaitu Dia, Sua dan Rinji. Ahli kumpulan terdahulu Ella dan Satbyeol meninggalkan kumpulan pada 27 Ogos 2022 kerana masalah kesihatan. Kemudian, Dajeong meninggalkan kumpulan pada 20 Jun 2024 atas sebab pribadi. Pada 15 September 2024, Lola meninggalkan kumpulan selepas menamatkan kontraknya.
Ella adalah bekas ahli kumpulan Cherry Bullet yang menggunakan nama panggung Mirae. Dia meninggalkan kumpulan itu pada 13 Disember 2019 bersama ahli Kokoro dan Linlin kerana alasan peribadi.[1] Satbyeol adalah bekas ahli kumpulan Girls 'Alert. Pada 24 April 2020, syarikat Roots Entertainment menolak pengeluaran album kumpulan tersebut kerana keadaan yang semakin teruk disebabkan oleh pandemik COVID-19. Tiga orang ahli memilih untuk tinggal, sementara Satbyeol akan bergabung dengan agensi baru.[2] Satbyeol juga turut serta dalam JTBC Mix Nine, menduduki tempat ke-93. Dajeong adalah bekas ahli kumpulan kanak-kanak SUPA, kumpulan itu kemudian dibubarkan pada tahun 2018.
Pada 24 Februari, kumpulan ini secara rasmi debut dengan album single mereka With My Wings dengan single utama "Wings".[3]
Pada 20 Mei, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Bravery dengan single utama "Let Me Know".[4]
Pada 7 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka Temptation dengan single utama "Addicted" dan "Bewitched".[5]
Pada 15 Jun 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka Reborn dengan single utama "Villain".[6] Ahli Ella tidak akan mengambil bahagian kerana dia akan hiatus atas sebab kesihatan.[7]
Pada 27 Ogos, Allart Entertainment mengumumkan bahawa disebabkan keadaan kesihatan mereka, Ella dan Satbyeol secara rasmi meninggalkan Pixy dan kumpulan ini akan menyusun semula sebagai empat orang ahli.[8]
Pada 27 September, Allart Entertainment mengumumkan bahawa Hwang Rin-ji, di bawah nama pentas Rinji, akan menyertai kumpulan ini pada permulaan jelajah Eropah mereka "Wanna Be Your Villain".[9]
Pada 15 Disember, kumpulan ini mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan lagu yang belum dikeluarkan bertajuk "Trick or Treat" pada 18 Disember.[10] Pada 18 Disember, klip konsep untuk lagu itu telah dikeluarkan di YouTube.[11]
Pada 10 Mac 2023, kumpulan ini mengeluarkan album mini keempat mereka Chosen Karma dengan single utama "Karma".[12]
Pada 24 Oktober 2023, kumpulan ini mengeluarkan album mini digital mereka The Voice dengan single utama "Truth Or Dare".[13]
Pada 20 Jun 2024, Dajeong mengumumkan melalui Instagramnya bahawa dia telah meninggalkan PIXY.[14]
Pada 15 September, Lola mengumumkan melalui Instagramnya bahawa kontraknya dengan Allart Entertainment telah tamat dan dia akan meninggalkan PIXY.[15]
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [16] | |||
Bravery |
Senarai lagu
|
67 |
|
Temptation |
Senarai lagu
|
27 |
|
Reborn |
Senarai lagu
|
27 |
|
Chosen Karma |
Senarai lagu
|
20 |
|
The Voice |
Senarai lagu
|
— | — |
"—" menandakan rakaman yang tidak dicarta atau tidak dikeluarkan di wilayah itu |
Tajuk | Butiran album |
---|---|
With My Wings |
Daftar lagu
|
Tajuk | Tahun | Album |
---|---|---|
"Wings" (날개) | 2021 | With My Wings |
"Let Me Know" | Bravery | |
"Addicted" (중독) | Temptation | |
"Moonlight" | ||
"Bewitched" | ||
"Call Me" (불러불러) | Single bukan-album | |
"Villain" | 2022 | Reborn |
"Karma" | 2023 | Chosen Karma |
"Truth Or Dare" | The Voice |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.