From Wikipedia, the free encyclopedia
Cherry Bullet (Hangul: 체리블렛; RR: cheri beullet) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan dan diuruskan oleh FNC Entertainment. Kumpulan ini debut pada 21 Januari 2019 dengan album single pertama mereka Let's Play Cherry Bullet. Kumpulan ini mempunyai tujuh orang ahli: Haeyoon, Yuju, Bora, Jiwon, Remi, Chaerin dan May. Pada asalnya terdiri daripada sepuluh orang ahli, Mirae, Kokoro dan Linlin meninggalkan kumpulan pada bulan Disember 2019.[1] Kumpulan ini dibubarkan pada 22 April 2024 selepas empat daripada tujuh orang ahli menamatkan kontrak mereka dengan FNC Entertainment.
Cherry Bullet | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre |
|
Tahun aktif | 2019 | –2024
Syarikat rakaman | FNC Entertainment |
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Bekas ahli |
|
Haeyoon sebelum ini diperkenalkan sebagai salah seorang pelatih wanita yang mewakili FNC Entertainment pada rancangan survival Mnet, Produce 48. Dia menduduki tempat ke-19 dalam episod terakhir dan gagal menjadi ahli kumpulan pemenang, Iz*One.[2]
Bora sebelum ini merupakan pelatih di Music K Entertainment. Kedua-dua dia dan sesama ahli Yuju muncul dalam BTS Love Yourself: Her Highlight reel, dengan Bora dan Yuju juga membuat kemunculan dalam video muzik Honeyst "Someone to Love".[3]
Jiwon mengikuti uji bakat untuk musim pertama SBS K-pop Star dengan lagu "Because of You" oleh Kelly Clarkson, kemudian dia menjadi pelatih di bawah Starship Entertainment. Pada tahun 2012 dia muncul dalam video muzik Starship Planet White Love.[4]
Remi adalah pelatih dari Avex Proworks dan pertama kali muncul di segmen live-action Pretty Rhythm: Dear My Future pada tahun 2012 sebagai salah satu Prism Mates tetapi tidak lulus uji bakat untuk menjadi ahli rasmi.[5] Dia menjadi model untuk Repipi Armario di Point 65th Fashion Show's 2014 Spring Collection.[6] Kokoro juga merupakan pelajar di Avex Artist Academy di Nagoya, Jepun dan dia dicari oleh FNC Entertainment pada tahun 2016.[7]
Rancangan realiti debut kumpulan Insider Channel Cherry Bullet telah ditayangkan pada 8 November 2018 di Mnet. Rancangan realiti ini dibuat untuk memperkenalkan kumpulan dan setiap 10 orang ahli kepada penonton.[8]
Album single debut mereka Let's Play Cherry Bullet telah dikeluarkan pada 21 Januari 2019, mempunyai 3 buah lagu iaitu single utama "Q&A" dan 2 buah lagu lain, "Violet" dan "Stick Out". Mereka mengadakan showcase debut mereka pada hari yang sama di YES24 Live Hall di Gwangjin-gu, Seoul.[9]
Pada 9 Mei, telah disahkan bahawa Cherry Bullet akan melakukan comeback pada 22 Mei dengan album single kedua mereka Love Adventure dengan single utama "Really Really".[10][11]
Pada 13 Disember, FNC mengumumkan bahawa Mirae, Kokoro dan Linlin telah meninggalkan kumpulan ini dan menamatkan kontrak mereka.[12]
Kumpulan ini, dengan tujuh orang ahli yang tinggal telah mengeluarkan single digital pertama mereka "Hands Up" pada 11 Februari 2020.[13][14]
Pada 6 Ogos, Kumpulan ini telah mengeluarkan single digital kedua mereka "Aloha Oe".[15]
Pada 4 Januari, diumumkan bahawa Cherry Bullet telah bergabung dengan platform media sosial Weverse.[16] Kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Cherry Rush dengan single utama "Love So Sweet" pada 20 Januari.[17]
Pada 3 Februari, diumumkan bahawa Cherry Bullet akan dikendalikan oleh sub-label baru FNC Entertainment iaitu FNC W, yang khusus untuk kumpulan wanita.[18]
Bora, Jiwon dan May telah disahkan mengambil bahagian dalam rancangan survival Mnet Girls Planet 999 yang akan datang, yang akan ditayangkan mulai 6 Ogos.[19] Jiwon tersingkir dalam episod 8, menamatkan di tempat ke-16 di K-Group. May telah tersingkir dalam episod 11, menamatkan di tempat ke-8 dalam J-Group dan tempat ke-24 secara keseluruhan. Bora telah tersingkir dalam episod akhir, meletakkan ditempat ke-9 dalam K-Group dan tempat ke-15 keseluruhan.
Pada 2 Mac 2022, Cherry Bullet mengeluarkan album mini kedua mereka Cherry Wish dengan single utama "Love In Space".[20]
Pada 7 Mac 2023, Cherry Bullet mengeluarkan album mini ketiga mereka Cherry Dash dengan single utama "P.O.W! (Play On the World)".[21]
Pada 18 Mei 2023, telah diumumkan bahawa ahli Bora, Jiwon dan Chaerin akan mengambil bahagian dalam rancangan survival Mnet Queendom Puzzle.[22] Chaerin tersingkir pada pusingan penyingkiran pertama dalam episod 7, manakala Jiwon dan Bora tersingkir pada pusingan penyingkiran kedua dalam episod 9.[23][24]
Pada 22 April 2024, FNC Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan ini telah dibubarkan secara rasmi selepas ahli Haeyoon, Jiwon, Remi dan May menamatkan kontrak eksklusif mereka dengan agensi itu, manakala Yuju, Bora dan Chaerin akan kekal di bawah FNC untuk aktiviti individu.[25]
Bekas ahli
|
Tajuk | Butiran | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [26] | |||
Cherry Rush |
Daftar lagu
|
11 |
|
Cherry Wish |
Daftar lagu
|
7 |
|
Cherry Dash |
Daftar lagu
|
7 |
|
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [26] | |||
Let's Play Cherry Bullet |
Daftar lagu
|
11 |
|
Love Adventure |
Daftar lagu
|
9 |
|
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
KOR [32] |
KOR Hot [33] |
US World [34] | |||
"Q&A" | 2019 | — | — | 17 | Let's Play Cherry Bullet |
"Really Really" (네가 참 좋아) | — | — | — | Love Adventure | |
"Hands Up" (무릎을 탁 치고) | 2020 | — | 99 | 11 | Cherry Rush |
"Aloha Oe" (알로하오에) | — | — | — | ||
"Love So Sweet" | 2021 | —[upper-alpha 1] | — | — | |
"Love in Space" | 2022 | —[upper-alpha 2] | — | — | Cherry Wish |
"P.O.W! (Play On the World)" | 2023 | —[upper-alpha 3] | — | — | Cherry Dash |
Tahun | Video muzik | Pengarah | Ref. |
---|---|---|---|
2019 | "Q&A" | Jiyong Kim (FantazyLab) | [38] |
"Really Really" | SUNNYVISUAL | [39] | |
2020 | "Hands Up" (무릎을 탁 치고) | JIMMY (VIA) |
[40] |
"Aloha Oe" (알로하오에) | SUNNYVISUAL | [41] | |
2021 | "Love So Sweet" | Naive Creative Productions | [42] |
2022 | "Love In Space" | Kim Ja Kyung (Flexibel Pictures) |
[43] |
2023 | "P.O.W! (Play On the World)" | SUNNYVISUAL | [44] |
Tahun | Tajuk | Tempoh | Rangkaian |
---|---|---|---|
2018-2019 | Insider Channel Cherry Bullet | 28 November hingga 9 Januari 2019 | Mnet |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Cherry Bullet | Popularity Award (Singer) | Tercalon |
Starnews Popularity Award (Female Group) | Tercalon | ||
2021 | Female Idol Group Popularity Award | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019[45] | Cherry Bullet | The Top Artist | Tercalon |
The Female New Artist | Tercalon | ||
Genie Music Popularity Award | Tercalon | ||
Global Popularity Award | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Cherry Bullet | Best New Artist Award | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Cherry Bullet | Artist of the Year | Tercalon |
Best New Female Artist | Tercalon | ||
Worldwide Fans' Choice Top 10 | Tercalon | ||
2019 Qoo10 Favorite Female Artist | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Cherry Bullet | Rookie of the Year | Tercalon |
Popularity Award | Tercalon | ||
Hallyu Special Award | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.