Pipit Urasia
spesies burung / From Wikipedia, the free encyclopedia
Burung Ciak Eurasia (bahasa Inggeris: Tree Sparrow ) ialah sejenis burung pipit yang tersebar di kebanyakan kawasan Eropah dan Siberia, dengan jenis-jenis berkait terdapat di kawasan-kawasan lain di Asia. Nama saintifiknya Passer montanus.
Burung ciak Eurasia | |
---|---|
Bulu burung jantan | |
Berisiko rendah | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Passeridae |
Genus: | Passer |
Spesies: | P. montanus |
Nama binomial | |
Passer montanus (Linnaeus, 1758) | |
Burung Ciak Urasia tinggal di kawasan luar bandar di Eropah, tetapi menggantikan burung saudaranya sebagai burung bandar di sesetengah kawasan di Asia. Pertukaran kaedah-kaedah perladangan di sesetengah kawasan Eropah barat bermaksud bahawa bilangan spesies ini telah merosot di kawasan-kawasan tersebut. Burung Ciak Urasia dikenali sebagai maya di Filipina. Walaupun burung ini amat biasa didapati di bandar-bandar Filipina, Burung Ciak Urasia bukannya burung negara bagi Filipina, bertentangan dengan apa yang dianggap oleh kebanyakan orang bandarnya. Burung negara yang dahulu ialah Lonchura atricapilla (bahasa Inggeris: black-headed munia ). [1]
Burung ini telah dibawa masuk ke Amerika Syarikat melalui kawasan St. Louis oleh pendatang-pendatang Jerman pada dekad 1870-an. Dari sana, burung ini beransur-ansur tersebar masuk ke kawasan Illinois dan Missouri. Untuk membezakannya daripada Burung Ciak Amerika asli yang langsung tidak berkait, burung ini dipanggil "Burung Ciak Urasia" di Amerika Syarikat.
Burung Ciak Urasia juga telah dibawa masuk ke Australia, dan kini terdapat di sesetengah daerah luar bandar dan separa luar bandar, tetapi tidak terdapat di bandar raya. Burung jenis Amerika Syarikat yang jumlahnya tidak banyak kekadang dirujuk sebagai "Burung Ciak Jerman" untuk membezakannya daripada spesies asli serta "Burung Ciak Gereja" (bahasa Inggeris: House Sparrow ) "Inggeris" yang agak banyak.