kejohanan bola sepak antarabangsa From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 juga dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2010 merupakan edisi kelapan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Suzuki[1] meneruskan tajaan mereka untuk kejohanan rantau ASEAN, diadakan pada 1 hingga 29 Disember 2010.[2]
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara-negara tuan rumah | Indonesia Vietnam |
Tarikh | 1 Disember – 29 Disember 2010 |
Pasukan | 8 |
Tempat | 4 (di 4 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Malaysia (Kejuaraan Ke-1) |
Naib Juara | Indonesia |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 18 |
Jaringan gol | 51 (2.83 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Safee Sali (5 gol) |
Pemain terbaik | Firman Utina |
← 2008 2012 → |
Indonesia dan Vietnam menjadi tuan rumah pada pusingan awal bermula dari 1 hingga 7 Disember bagi Kumpulan A dan 2 hingga 8 Disember bagi Kumpulan B. Pusingan separuh akhir dimainkan secara timbal balik (tuan rumah dan lawan) dengan perlawanan bermula pada 15 dan 16 Disember 2010, dan perlawanan kedua pada 18 dan 19 Disember 2010. Perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik juga iaitu akhir pada 26 Disember 2010 dan 29 Disember 2010,[3] di antara tuan rumah Indonesia dan Malaysia.
Pada peringkat separuh akhir kejohanan, pasukan Filipina, Indonesia, Malaysia dan penyandang juara lalu, Vietnam mara ke separuh akhir. Bagi Filipina, ia merupakan kali pertama Filipina layak ke separuh akhir di bawah bimbingan Simon McMenemy.[4]
Seterusnya, Malaysia layak ke perlawanan akhir buat pertama kali selepas 14 tahun,[5] manakala Indonesia pula muncul di perlawanan akhir buat kali keempat. Akhirnya, Malaysia berjaya memenangi kejuaraan pertama mereka dengan menewaskan Indonesia. [6]
Pada 17 Februari 2009, Vietnam telah mengisytiharkan minat mereka menjadi tuan rumah bagi Piala Suzuki AFF 2010 yang merupakan kejohanan kelapan.[7] Pada 21 April 2009, akhbar Vietnam, VietNamNet telah mengumumkan bahawa Vietnam akan menganjurkan kejohanan bersama dengan Indonesia.[8][9]
Terdapat dua tempat utama; Stadium Bung Karno di Jakarta dan Stadium Nasional My Dinh Stadium di Hanoi dengan dua tempat kedua yang akan digunakan secara serentak dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir bagi peringkat kumpulan. Mulanya, tempat kedua bagi Kumpulan B adalah Stadium Hàng Đẫy di Hanoi. Walau bagaimanapun pada 22 November 2010, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah mengumumkan bahawa ia tidak dapat disediakan tepat pada masanya dan digantikan dengan Stadium Chùa Cuõi aka Stadium Thiên Trường.[10] Bagi kumpulan A, tempat kedua sebenar adalah Stadium Jalak Harupat Soreang di Bandung tetapi pada 24 November 2010, telah diumumkan bahawa ia telah digantikan dengan Stadium Gelora Sriwijaya berikutan mesyuarat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) satu minggu sebelum pengumuman ini.[11] Pasukan yang mara ke separuh akhir juga akan menjadi tuan rumah perlawanan, dalam hal ini, Malaysia yang mara akan menggunakan Stadium Nasional bagi perlawanan mereka di separuh akhir dan perlawanan akhir.
Jakarta | Palembang | Hanoi | Nam Dinh | Kuala Lumpur |
---|---|---|---|---|
Stadium Gelora Bung Karno | Stadium Gelora Sriwijaya | Stadium Nasional Mỹ Đình | Stadium Thiên Trường | Stadium Nasional Bukit Jalil |
Kapasiti: 88,083 | Kapasiti: 40,000 | Kapasiti: 40,000 | Kapasiti: 30,000 | Kapasiti: 87,411 |
Kejohanan kelayakan dijadualkan dimain dari 22 Oktober hingga 26 Oktober 2010 di Laos. Empat pasukan pilihan lebih rendah iaitu Laos, Kemboja, Filipina dan Timor Leste berlawan bagi mendapatkan dua tempat ke pusingan akhir kejohanan.[3] Walau bagaimanapun, kelayakan dijalankan tanpa kehadiran Brunei, disebabkan penggantungan berterusan FIFA terhadap Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, seterusnya membatalkan penyertaan mereka dari kejohanan tersebut.[12]
Enam pasukan layak secara automatik ke kejohanan akhir, berdasarkan rekod-rekod kejohanan:
Dua pasukan layak melalui kejohanan kelayakan:
Kunci Warna dalam Kumpulan |
---|
Mara ke Separuh akhir |
Indonesia | 5–1 | Malaysia |
---|---|---|
Asraruddin Omar 22' (g.s.) Cristian Gonzáles 33' Muhammad Ridwan 52' Arif Suyono 76' Irfan Bachdim 90+4' |
Laporan | Norshahrul Idlan 18' |
Laos | 0–6 | Indonesia |
---|---|---|
Laporan | Firman Utina 28', 51' Muhammad Ridwan 33' Irfan Bachdim 63' Arif Suyono 77' Oktovianus Maniani 82' |
Malaysia | 5–1 | Laos |
---|---|---|
Amri Yahyah 4', 41' Amirul Hadi 74' Norshahrul Idlan 77' Mahali Jasuli 90+1' |
Laporan | Lamnao Singto 8' |
Singapura | 1–1 | Filipina |
---|---|---|
Aleksandar Đurić 65' | Laporan | Christopher Greatwich 90+3' |
Singapura | 2–1 | Myanmar |
---|---|---|
Aleksandar Đurić 62' Agu Casmir 90+4' |
Laporan | Khin Maung Lwin 13' |
Filipina | 2–0 | Vietnam |
---|---|---|
Christopher Greatwich 38' Phil Younghusband 79' |
Laporan |
Separuh akhir | Perlawanan Akhir | |||||||||||
A2 | Malaysia | 2 | 0 | 2 | ||||||||
B1 | Vietnam | 0 | 0 | 0 | ||||||||
A2 | Malaysia | 3 | 1 | 4 | ||||||||
A1 | Indonesia | 0 | 2 | 2 | ||||||||
B2 | Filipina | 0 | 0 | 0 | ||||||||
A1 | Indonesia | 1 | 1 | 2 |
Malaysia | 2–0 | Vietnam |
---|---|---|
Safee Sali 60', 79' | Laporan |
† Perlawanan Separuh akhir pertama sepatutnya dimainkan di Filipina. Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan satu stadium yang melepasi piawai AFF, kedua-dua Perlawanan Separuh akhir telah dianjurkan oleh Indonesia.[13]
Malaysia | 3–0 | Indonesia |
---|---|---|
Safee Sali 61', 73' Ashaari Shamsuddin 68' |
Laporan |
Indonesia | 2–1 | Malaysia |
---|---|---|
Mohammad Nasuha 72' Muhammad Ridwan 87' |
Laporan | Safee Sali 54' |
Piala Suzuki AFF 2010 |
---|
Malaysia Juara Pertama |
Kasut Emas | Pemain Terbaik | Permainan Bersih |
---|---|---|
Mohd Safee Mohd Sali | Firman Utina | Filipina |
|
|
|
|
|
|
Jadual menunjukkan prestasi keseluruhan pasukan.
Penyiar Piala AFF 2010 di Asia Tenggara | ||||
---|---|---|---|---|
Negara | Stesen Rangkaian | Stesen Televisyen | Stesen Radio | |
Brunei | Radio Televisyen Brunei | RTB1 | Nasional FM | |
Kemboja | Radio dan Televisyen Kebangsaan Kemboja | Televisyen Kebangsaan Kemboja | Radio Kebangsaan Kemboja | |
Indonesia | Media Nusantara Citra | RCTI | Trijaya FM | |
Laos | Radio dan Televisyen Kebangsaan Laos | Televisyen Kebangsaan Laos | Radio Kebangsaan Laos | |
Malaysia | Radio Televisyen Malaysia | TV1 | Hot FM | |
Myanmar | Radio dan Televisyen Myanmar | Televisyen Myanmar | Radio Myanmar | |
Filipina | ABS-CBN | Studio 23 | DZSR Sports Radio 918 | |
Singapura | Media Corporation of Singapore, SingTel | MediaCorp Saluran 5, mio TV | 938LIVE | |
Thailand | Channel 7 (Thailand) | CH7 | NBT Network 1 Radio in Thailand | |
Timor-Leste | Radio-Televisão Timor Leste | Televisão Timor Leste | Radio Timor Leste | |
Vietnam | Televisyen Vietnam | VTV2 | Voice of Vietnam |
Pada perlawanan akhir pertama antara Indonesia dengan Malaysia, penyokong Malaysia mengganggu pemain pasukan Indonesia dengan sinar penunjuk laser hijau, terutamanya kapten Firman Utina dan penjaga gawang Markus Haris Maulana. Perlawanan dihentikan pada minit ke-53 selama 8 minit selepas pemain Indonesia membantah dengan keluar padang.[14][15] Pemain Indonesia yang boleh dikatakan kehilangan konsentrasi tewas perlawanan ini 3-0.[16] Pada perlawanan kedua di Jakarta, penyokong Indonesia membalas dengan menyinar laser hijau ke arah penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat.[17][18][19][20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.