Keluarga burung terbang tanpa air From Wikipedia, the free encyclopedia
Penguin (Jawi: ڤيڠݢوءين) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan banyak hidup di kawasan beriklim sejuk dalam Hemisfera Selatan; ia tergolong dalam keluarga Spheniscidae dan order Sphenisciformes.[1]
Penguin Julat zaman: Paleosen-Kini | |
---|---|
Penguin Gentoo, Pygoscelis papua | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Infrakelas: | Neognathae |
Order: | Sphenisciformes Sharpe, 1891 |
Keluarga: | Spheniscidae Bonaparte, 1831 |
Genus moden | |
Aptenodytes |
Nama keluarga Spheniscidae diberikan Charles Lucien Bonaparte daripada genus Spheniscus,[2] nama genus tersebut datang daripada perkataan bahasa Yunani σφήν sphēn "baji" yang digunakan untuk bentuk sayap spesies penguin Afrika.[3]
Bilangan spesies burung penguin masih didebatkan. Bergantung pada pihak mana yang diikuti, kepelbagaian burung penguin berbeza-beza antara 17 dan 20 spesies, semuanya dalam subfamili Spheniscinae. Sesetengah sumber menganggap spesies white-flippered penguin (penguin berkaki sirip putih) sebagai spesies Eudyptula berasingan, sementara yang lain memperlakukan ia sebagai subspesies Little Penguin;[4][5] keadaan yang sebenar kelihatan lebih sukar.[6] Begitu juga, masih kurang jelas sama ada burung penguin diraja hanya morf warna burung penguin makaroni. Yang juga layak untuk menjadi spesies berasingan ialah populasi utara rockhopper penguin.
Gambar contoh | Genus | Spesies masih wujud |
---|---|---|
Aptenodytes Miller,JF, 1778 – penguin besar |
| |
Pygoscelis Wagler, 1832 – penguin ekor gebu |
| |
Eudyptula Bonaparte, 1856 – penguin kecil |
| |
Spheniscus Brisson 1760 – penguin berjalur |
| |
Megadyptes Milne-Edwards, 1880 |
| |
Eudyptes Vieillot, 1816 – penguin berjambul |
| |
Aptenodytes forsteri atau "penguin maharaja" (emperor penguin) merupakan penguin paling besar yang ada[7] dengan saiz purata dewasa setinggi 1.1 m (3 ka 7 in) dan seberat 35 kg (77 lb); Eudyptula minor atau "penguin kecil" (little blue penguin) pula spesies terkecil dengan badan setinggi sekitar 33 cm (13 in) dan berat sekitar 1 kg (2.2 lb).[8]
Kesemua burung-burung penguin berkongsi ciri sama di mana bahagian sayap dan belakang berwarna hitam dan bahagian belakang berwarna putih. Hal ini demikian untuk tujuan penyamaran:[9] pemangsa-pemangsa dasar laut tidak mampu mengenalpasti dengan mudah badan-badan burung yang berenang dari permukaan air yang terang disinari matahari sementara burung penguin tidak mudah dikenalpasti dalam kegelapan laut jika dilihat jauh dari tempat tinggi.
Penguin mempunyai deria pendengaran yang sederhana dalam kalangan spesies burung[10] yang digunakan untuk saling menyahut antara yang dewasa dengan yang anak di kelompok sarang yang padat dihuni beribu-ribu ekor burung.[11]
Tubuh badan penguin sangat disesuaikan untuk ia hidup bergantung kepada lautan dan segala sumbernya.[12] Sayapnya merupakan pendayung dan tidak boleh terbang. Di daratan, penguin menggunakan ekor dan sayapnya untuk menjaga keseimbangan ketika berjalan. Penguin kadangkala berjalan dengan kaki pendeknya atau meluncur di permukaan salji dengan perutnya untuk menjimatkan tenaga.
Umumnya penguin memakan kril, pelbagai jenis ikan,[12] dan sotong ketika memburu di laut dengan paruhnya.
Burung ini boleh minum air laut kerana adanya kelenjar supraorbital yang mampu menapis garam laut keluar daripada aliran darah, lalu garam ini dikeluarkan dalam bentuk cecair yang dikumuh sewaktu pernafasan.
Hampir semua spesies penguin (kecuali yang spesies mata kuning dan Fiordland) bersarang dalam kawanan besar, bilangan burung yang berkawan ini berbeza-beza dari spesies ke spesies: penguin gentoo berkawan sebanyak 100 ekor, penguin-penguin besar berkawan sebanyak ratusan ribu ekor.[13]
Penguin berpasangan kekal selama semusim. Banyak penguin bertelur sebanyak 2 biji sepasangan, ada yang hanya bertelur sebiji sahaja dalam kalangan jenis penguin besar.[14] Kedua-dua jantan dan betina mengeram bersama telur-telur ini sepanjang musim.[15] Seekor pasangan ini memburu makanan sambil seekor mengeram telur dalam tempoh yang bersilih ganti selama berhari-hari hingga berminggu-minggu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.