From Wikipedia, the free encyclopedia
Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia diumumkan tepat pada pukul 10.00 pagi, Jumaat, 17 ogos 1945 oleh Presiden Sukarno yang didampingi oleh Mohammad Hatta di Jalan Pegangsaan Timur 56, Cikini, Jakarta Tengah, Indonesia. Pengisytiharan itu menandakan permulaan empat tahun perjuangan diplomatik dan tentangan bersenjata yang dipanggil Revolusi Nasional terhadap angkatan tentera Belanda sehingga 1949 apabila Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.
Draf Pengisytiharan Kemerdekaan disediakan hanya beberapa jam lebih awal, pada malam 16 Ogos, oleh Sukarno, Hattadan Subardjo (Alumni Leiden,1933), di tempat kediaman Laksamana Muda Maeda (Minoru) Tadashi di Miyako-Doori 1, Jakarta (kini "Muzium Pengisytiharan Kemerdekaan", JL. Imam Bonjol I, Jakarta). Sedangkan Maeda bersetuju dengan kemerdekaan Indonesia, dan meminjam rumahnya untuk pendrafan pengisytiharan, beliau tidak melibatkan diri dalam pendrafan itu, dan tidur di biliknya di tingkat atas ketika pengisytiharan didraf. Bagaimanapun, Marsyal Terauchi yang merupakan pemimpin Jepun pangkat tertinggi di Asia Tenggara serta juga anak lelaki Perdana Menteri Terauchi Masatake, membantah kemerdekaan Indonesia yang dijadualkan pada 24 Ogos.
Sedangkan persediaan rasmi pengisytiharan dan kemerdekaan rasmi pada dirinya telah dilaksanakan dengan teliti sejak beberapa bulan yang lalu, tarikh pengisytiharan telah dicepatkan oleh suatu komplot yang diketuai oleh beberapa orang aktivis muda yang radikal, seperti Adam Malik dan Chairul Saleh, selepas penyerahan kalah tanpa syarat oleh pihak Jepun kepada Pihak Berikat pada 15 Ogos selepas pengeboman atom Nagasaki.
Mengikut rancangan awal, pengisytiharan akan dimeterai oleh 27 orang ahli Jawatankuasa Persediaan untuk Kemerdekaan Indonesia (PPKI) yang secara simbolik melambangkan kepelbagaian negara yang muda. Cara ini diilhami oleh Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, idea itu ditolak oleh para aktivitis radikal yang memperdebatkan bahawa jawatankuasa tersebut terlalu rapat dengan pemerintah Jepun, and oleh itu mengakibatkan kehilangan kebolehpercayaan. Sebagai ganti, aktivitis-aktivitis radikal itu mendesak bahawa tandatangan-tandatangan enam orang mereka itu dimasukkan ke dalam dokumen pengisytiharan. Kesemua pihak yang terlibat dalam peristiwa bersejarah itu akhirnya bersetuju untuk bertolak ansur, dengan Sukarno dan Hatta merupakan dua orang penandatangan yang tunggal 'atas nama negara Indonesia'.
Pada mulanya, Sukarno hendak pengisytiharan kemerdekaan dibaca di Dataran Ikada yang merupakan padang besar dan terbuka di pusat Jakarta, tetapi disebabkan kebimbangan tentang kemungkinan sabotaj oleh pihak Jepun, tempatnya ditukarkan ke rumah Sukarno di Pegangsaan Timur 56. Sebenarnya, tidak terdapat sebarang bukti yang konkrit untuk melahirkan rasa syak tersebut kerana pihak Jepun sudahpun menyerah kepada Pihak Berikat, dan Pusat Ketumbukan Tinggi Jepun di Indonesia telah memberikan kebenaran untuk kemerdekaan negara. Pada hakikatnya, pengisytiharan kemerdekaan berlangsung dengan lancar.
Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia juga mencetuskan banyak pemberontakan dan keganasan di sesetengah kawasan tempatan seperti Pembunuhan Beramai-ramai Sulawesi oleh Raymond Westerling, dan Revolusi Sosial Sumatera Timur, kedua-dua ini pada tahun 1946, serta Laskar Hitam. Kesemua ini dilakukan oleh kedua-dua kumpulan yang taat setia kepada pihak Belanda serta kumpulan anti Belanda terhadap satu sama lain, dan juga oleh tentera awam militia tempatan yang hanya mengambil kesempatan terhadap keadaan yang tidak tentu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.
Di sini tertulis tahun 05 kerana ini sesuai dengan tahun Jepun yang ketika itu merupakan tahun 2605.
Teks di atas merupakan hasil semakan Sayuti Melik. Tiga pindaan telah dibuat pada versi asli seperti berikut:
Versi asli yang disediakan oleh Mohammad Hatta, dan A. Soebardjo, dibantu oleh Sukarno, adalah seperti berikut:
Proklamasi |
---|
Kami bangsa Indonesia dengan ini menjatakan kemerdekaan Indonesia Hal-hal jang mengenai pemindahan kekoeasaan d.l.l., diselenggarakan |
Djakarta, 17 - 8 - '05 Wakil2 bangsa Indonesia. |
Teks asal perisytiharan kemerdekaan Republik Indonesia adalah amat ringkas seperti berikut:
Proklamasi |
---|
Kami, bangsa Indonesia, dengan ini menjatakan kemerdekaan Indonesia. Hal-hal jang mengenai pemindahan kekoeasaan d.l.l., diselenggarakan |
Djakarta, hari 17 boelan 8 tahoen 05 Atas nama bangsa Indonesia |
Proklamasi
Kami, bangsa Indonesia dengan ini menyatakan (mengisytiharkan) kemerdekaan Indonesia.
Hal-hal yang mengenai pemindahan kekuasaan dan lain-lain, [akan] diselenggarakan (dilaksanakan)
dengan cara saksama dan dalam tempo yang sesingkat-singkatnya.
Jakarta, Hari 17 Bulan 8 Tahun 1945
Atas nama bangsa Indonesia
Soekarno Hatta
Rakyat Indonesia merayakan Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos setiap tahun. Peringatan detik-detik Pengisytiharan di Istana Merdeka dipimpin oleh Presiden Republik Indonesia dan disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen negara.
Acara-acara pada pagi hari termasuk:
Pada petang hari, acara penurunan bendera Sang Saka Merah Putih diadakan. Perayaan kemerdekaan oleh rakyat Indonesia cukup lama, biasanya hingga satu mahupun dua bulan penuh.
Pengumuman ini dicetak di depan wang kertas Rp. 100.000 Indonesia tahun 1999 dan 2004.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.