Remove ads

Rupiah (Rp) adalah unit mata wang Indonesia dengan kod mata wang ISO 4217 IDR. Rupiah ialah mata wang rasmi yang digunakan di seluruh negara Indonesia. Perkataan "rupiah" berasal daripada perkataan "rupia", bahasa Bahasa Sanskrit yang bermakna perak. Kepulauan Nusantara jajahan Belanda (sebelum menjadi Indonesia) pernah menggunakan mata wang guilder Belanda dari 1610 hingga 1817. Setelah 1817, mata wang guilder Hindia Timur Belanda diperkenalkan. Mata wang rupiah pertama kali diperkenalkan semasa Pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia II. Setelah berakhirnya Perang Dunia II, Bank Jawa memperkenalkan mata wang rupiah Jawa sebagai pengganti. Mata wang guilder nica dan beberapa mata wang yang dicetak kumpulan gerila juga berleluasa pada masa itu.

Fakta Segera ISO 4217, Kod ...
Rupiah Indonesia
روڤياه إيندونيسيا [1]
Thumb
Seri Pahlawan Nasional Tahun Emisi (TE) 2022, diterbitkan oleh Bank Indonesia.
ISO 4217
KodIDR
Jenis mata wang
Subunit
1/100sen (usang)a
SimbolRp
Wang kertas
Kerap digunakanRp1.000 Rp2.000, Rp5.000, Rp10.000, Rp20.000 Rp50.000, Rp100.000
Jarang digunakanRp75.000
Syiling
Kerap digunakan
Rp500, Rp1.000
Jarang digunakan
Rp100, Rp200[2][3]
Demografi
Pengguna rasmi
 Indonesia
Pengguna tidak rasmi
 Timor Leste[4]
Pengeluaran
Bank Indonesia
Tapak web
www.bi.go.id
Pihak pencetak
Perum Peruri
Tapak web
www.peruri.co.id
Kilang wang
Perum Peruri
Tapak web
www.peruri.co.id
Penilaian
Inflasi
3.55% (Mei 2022)
SumberBank Indonesia
KaedahCPI
Catatan
a) Subsatuan sen tidak lagi digunakan secara praktis. Namun, laporan keuangan dan laporan bank mencatat jumlah uang dalam sen (mis. Rp1.234,56 – Indonesia menggunakan koma sebagai pemisah desimal).
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup
Thumb
Unit mata wang Indonesia seri terbaru tahun 2022
Thumb
Nilai tertinggi rupiah, Rp100000 dan Rp50000

Pada 2 November 1949, empat tahun setelah merdeka, Indonesia menetapkan Rupiah sebagai mata wang kebangsaannya yang baru. Kepulauan Riau dan Irian Barat memiliki variasi rupiah mereka sendiri tetapi penggunaan mereka dibubarkan pada 1964 di Riau dan 1971 di Irian Barat. Krisis ekonomi Asia tahun 1998 menyebabkan nilai rupiah jatuh sebanyak 35% dan membawa kepada kejatuhan pemerintahan Soeharto.

Wang rupiah digunakan di Indonesia dan Timor Leste.

Remove ads

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.

Remove ads