From Wikipedia, the free encyclopedia
Pendemokrasian (democratization) merupakan satu proses perubahan ke arah demokrasi oleh sesebuah negara. Secara khususnya, pendemokrasian juga merujuk kepada perubahan politik ke arah demokrasi ataupun satu proses membangunkan demokrasi dalam sesebuah negara yang tidak berdemokratik.[1]
Idea 'tiga gelombang demokrasi' dipelopori oleh saintis politik, Samuel Huntington dalam karyanya berjudul 'The Third Wave: Democratization in The Late Twentieth Century'. Menurut kepada Huntington, pendemokrasian merupakan satu proses peralihan yang ketara daripada rejim tidak demokratik ke rejim demokratik yang berlaku dalam tempoh masa tertentu; kebiasaanya melibatkan proses liberalisasi dalam sistem politik yang tidak berdemokrasi.[1]
Teori keamanan demokratik merupakan satu teori dalam bidang hubungan antarabangsa yang diketengahkan oleh aliran pemikiran Liberalis. Teori ini mengaitkan demokarsi liberal dengan keamanan dan kestabilan yang wujud dalam hubungan antarabangsa; dan berpendirian bahawa keamanan dan kestabilan dapat diwujudkan dengan pembentukan kerajaan demokratik di dunia.
Terdapat dua variasi dalam teori keamanan demokrasi; iaitu penjelasan struktural dan penjelasan normatif.[2] Dua variasi ini mempunyai perbezaan dalam ulasan mereka bahawa mengapakah keamanan dapat diwujudkan dalam dunia yang demokratik.
Teori Keamanan Demokrasi ini berasalkan daripada Immanual Kant dalam karyanya yang berjudul 'Perpetual Peace'. Dalam karya tersebut, Kant mengetengahkan perluasan demokrasi sejagat dapat menghasilkan keamanan antarabangsa yang lebih besar sekiranya berlangsung selari dengan kebergantungan ekonomi dan pengukuhan organisasi antarabangsa.[2]
Idea 'Tiga Peringkat dalam Revolusi' diketengahkan oleh Sun Yat-sen sebagai panduan revolusi yang dipimpin di bawah beliau. Sun Yat-sen mengutarakan bahawa terdapat tiga peringkat untuk mentransformasikan negara China dari sistem monarki kepada republik (dari dinasti Qing ke pengenalan Republik China). Ini adalah selaras dengan teori pendemokrasian; khususnya kedua-dua idea ini berhujah untuk membawa negara ke arah demokrasi.
Menurut kepada Sun Yat-sen, tiga peringkat tersebut ialah peringkat kerajaan tentera, kerajaan peralihan (in transition), dan kerajaan demokratik.[3] Beliau mengatakan bahawa pencapaian demokrasi bukanlah dapat dilaksanakan semalaman. Pada peringkat pertama iaitu kerajaan tentera, Sun juga mengenali sebagai zaman kemusnahan; di mana pada tahap ini, undang-undang tentera perlu diperkenalkan untuk mengekang sebarang kuasa penentangan dan melaksanakan transformasi masyrakat; contohnya,menghapuskan amalan-amalan negatif seperti rasuah, hamba, dan candu.[3] Pada peringkat kedua iaitu kerajaan peralihan,juga dikenali sebagai fasa asuhan ataupun tunjuk ajar politik. Dalam fasa ini, perlembagaan ataupun undang-undang baharu akan digubal dalam peringkat provinsi dan penyertaan politik daripada rakyat adalah amat digalakkan.[3] Akhir sekali, pada peringkat ketiga, juga dikenali sebagai tahap pembinaan semula, sebuah pemerintahan berperlembagaan akan diperkenalkan.[3] Rakyat akan menikmati hak untuk mengundi dan menghantar wakil rakyat ke dalam sistem perundangan.
Haruslah mengetahui idea ini dipelopori oleh Sun Yat-sen dan idea ini berdasarkan konteks negara China pada awal abad ke-20. Tiga tahap ini yang meliputi zaman kemusnahan sistem tradisional dan zaman pembinaan semula yang memperkenalkan sistem moden diperkenalkan oleh Sun Yat-sen sebagai panduan untuk memimpin gerakan revolusi sehingga mempraktikkan sistem demokrasi di China.
Pendemokrasian sukar dilakukan khususnya di negara pasca konflik yang baru mengalami peperangan. Beberapa cabaran yang dikenal pasti ialah:
(i) demografik yang merumitkan- kemiskinan, etnik yang berpecah-belah, sistem sosial yang berstrata;
(ii) membentuk institusi perwakilan- penindasan menggunakan kekerasan sering berlaku dan kuasa tertumpu pada sebahagian elit;
(iii) pembentukan perlembagaan- pecahan sosial berlaku dan pelbagai pihak tidak ingin bersetuju sesama lain dan berkompromi;
(iv) pembangunan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan- kebiasaanya pertubuhan kemasyarakatan yang menyuara untuk rakyat adalah bawah tanah dan diusir ke luar negeri kerana ditindas oleh pemegang kuasa;
(v) penubuhan media bebas- kawalan terhadap media biasanya dikenakan oleh kerajaan untuk mengawal saluran maklumat bagi pengukuhan kuasa;
(vi) mengadakan pilihanraya- pilihan raya dalam masyrakat demokrasi yang tidak matang mungkin megakibatkan pecah-belahan masyarakat dan keganasan.[4]
Oleh itu, sekiranya pendemokrasian ingin dilaksanakan dalam sesebuah negara, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk mengatasi cabaran-cabaran di atas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.