![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9b/Royal_Coat_of_arms_of_Canada.svg/langms-640px-Royal_Coat_of_arms_of_Canada.svg.png&w=640&q=50)
Pemerintahan beraja Kanada
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemerintahan beraja Kanada atau monarki Kanada (Bahasa Inggeris: Monarchy of Canada; Bahasa Perancis: Monarchie canadienne) ialah teras bagi kedua-dua struktur persekutuan Kanada serta demokrasi parlimen dan perlembagaan yang berdasarkan sistem Westminster.[2][3][4][5] Ia adalah asas kepada cabang-cabang eksekutif (Raja-dalam-Majlis), perundangan (Raja-dalam-Parlimen) dan kehakiman di dalam bidang kuasa persekutuan dan provinsi.[6][7][8] Raja terkini Kanada ialah Baginda Raja Charles III, yang telah memerintah sejak 8 September 2022. Anakanda sulung baginda Putera William merupakan pewaris seterusnya.
Raja Kanada | |
---|---|
King of Canadacode: en is deprecated (bahasa Inggeris) Roi du Canadacode: fr is deprecated (Perancis) | |
Persekutuan | |
![]() Jata diraja Kanada | |
Penjawat kini | |
![]() | |
Charles III sejak 8 September 2022 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | William, Duke Cambridge[1] |
Raja pertama | Victoria |
Pembentukan | 1 Julai 1867 |
Persemayaman | Rideau Hall, Ottawa La Citadelle, Bandaraya Quebec |
Laman sesawang | canadiancrown |
Walaupun baginda Raja dikongsi secara bersama dengan 15 negara merdeka yang lain di dalam kalangan negara Komanwel, setiap pemerintahan beraja di negara tersebut adalah berasingan dan secara undang-undangnya berbeza.[9][10][11][12][13] Hasilnya, baginda secara rasminya digelar sebagai Raja Kanada (atau Ratu Kanada) dan dalam kapasiti ini, baginda, suaminya dan ahli kerabat diraja Kanada yang lain menjalankan fungsi-fungsi awam dan persendirian di dalam dan luar negara sebagai wakil Kanada. Walau bagaimanapun, Raja adalah satu-satunya ahli kerabat yang mempunyai peranan dalam perlembagaan. Walaupun sesetengah bidang kuasa hanya boleh dijalankan oleh baginda (seperti melantik gabenor jeneral), kebanyakan tugas-tugas upacara dan istiadat (seperti memanggil Dewan Rakyat dan melantik duta) dijalankan oleh wakil baginda, Gabenor Jeneral Kanada.[14][15][16] Wakil Raja bagi setiap provinsi diwakili oleh leftenan gabenor. Disebabkan wilayah berada di bawah bidang kuasa persekutuan, setiap daripadanya mempunyai pesuruhjaya, yang mewakili Mahkota-dalam-Majlis secara terus.[17]