Dewan Rakyat Kanada
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dewan Rakyat Kanada (Bahasa Inggeris: House of Commons of Canada; Bahasa Perancis: Chambre des communes du Canada) merupakan salah satu kompenan dalam Parlimen Kanada di samping Ratu (diwakili oleh Gabenor Jeneral) dan Dewan Senat.[1] Dewan ini merupakan badan yang dipilih melalui pilihan raya dan ia terdiri daripada 338 ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen.[1][2][3] Setiap ahli dipilih melalui sistem pengundian kemajmukan atau pemajmukan mudah di setiap daerah pilihan raya (juga dikenali sebagai ridings).[4] Ahli Parlimen boleh memegang jawatan sehingga Parlimen dibubarkan dan berkhidmat selama lima tahun mengikut penggal dalam perlembagaan yang terhad selepas sesuatu pilihan raya. Walau bagaimanapun, dari segi sejarah, penggal tersebut berakhir sebelum tamat tempoh mereka dan kerajaan sekarang biasanya dibubarkan oleh Parlimen dalam tempoh empat tahun sesuatu pilihan raya mengikut kelaziman yang sejak sekian lama. Walau apapun, Akta Parlimen kini menghadkan setiap penggal adalah selama empat tahun. Kerusi di Dewan Rakyat dibahagikaan secara kasarnya mengikut kadar penduduk setiap negeri dan wilayah. Walau bagaimanapun, sesetengah ridings mempunyai lebih ramai penduduk daripada yang lain dan perlembagaan Kanada mengandungi beberapa peruntukan khas mengenai perwakilan di setiap wilayah dan negeri.
Dewan Rakyat Kanada ديوان رعيت کانادا | |
---|---|
[House of Commons of Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [Chambre des communes du Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | |
Parlimen ke-42 | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Pemimpin Kerajaan | |
Pemimpin Pembangkang | |
Pemimpin Dewan Pembangkang | |
Struktur | |
Ahli | 338 |
Kumpulan politik |
|
Gaji | C$172,700 |
Pilihan raya | |
Sistem pengundian | |
Pilihan raya terakhir | 19 Oktober 2015 |
Pilihan raya seterusnya | Dijadualkan pada 21 Oktober 2019 |
Tempat persidangan | |
Blok Pusat, Bukit Parlimen, Ottawa | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Dewan Rendah Kanada diasaskan pada tahun 1867 apabila Akta Perlembagaan 1867, yang sebelum ini Akta BNA (Akta Amerika Utara British), telah membentuk Dominion Kanada, dan Dewan tersebut mencontohi cara Dewan Rakyat British. Dewan Rakyat mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi berbanding dewan pertuanan iaitu Senat dan kedua-dua dewan tersebut telah membentuk Parlimen. Dewan Rakyat Kanada terletak di Blok Pusat di Bukit Parlimen dekat Ottawa, Kanada.
Parti[5] | Kerusi | % |
---|---|---|
Liberal | 181 | 53.5 |
Konservatif | 96 | 28.7 |
Demokratik Baru | 43 | 13 |
Bloc Québécois | 10 | 2.9 |
Hijau | 1 | 0.3 |
Bebas | 3 | 0.5 |
Kosong | 4 | 0.9 |
Jumlah | 338 | 100 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.