Quebec (/kwˈbɛk/ ( dengar) atau /kəˈbɛk/;[10] Perancis: Ville de Québec, Abnaki Barat: Kephek[11]), juga dikenali sebagai Québec, Quebec City atau Québec City (Perancis: Ville de Québec)[12] ialah ibu kota kepada provinsi Quebec, salah satu provinsi Kanada di wilayah Capitale-Nationale. Ia merupakan bandar raya yang kedua terbanyak penduduk di Quebec, selepas Montreal yang terletak sekitar 233 kilometer (145 bt) di barat daya. Menurut Banci Kanada 2006, bandar rayanya mempunyai 491,142 penduduk,[13] manakala kawasan metropolitannya mempunyai 715,515 orang.[14]

Fakta Segera Ville de Québec (Perancis), Negara ...
Bandar Raya Quebec
Ville de Québec (Perancis)
Ibu kota provinsi
Ville de Québec
Thumb
Thumb
Thumb
Logo rasmi Bandar Raya Quebec
Nama panggilan: "La Vieille Capitale"[1]
Cogan kata: Don de Dieu ferai valoir
("I shall put God's gift to good use"; the Don de Dieu was Champlain's ship)
Thumb
Peta Bandar Raya Quebec
Thumb
Bandar Raya Quebec
Bandar Raya Quebec (Bumi)
Koordinat: 46°48′50″N 71°12′29″W[2]
NegaraKanada
ProvinsiQuebec
KawasanCapitale-Nationale
Komuniti metropolitanCommunauté métropolitaine de Québec
GabunganGabungan Bandar Raya Quebec
Negara bersejarahKerajaan Perancis
Kerajaan Britain
Mula diduduki11 Oktober 1535,
oleh Jacques Cartier
Diasakan pada3 July 1608,
oleh Samuel de Champlain
Dibentuk pada1 Januari 2002
Diperbadankan pada1832[3]
Wilayah perbandaran/
Borough
Senarai
  • Beauport
  • Charlesbourg
  • La Cité-Limoilou
  • La Haute-Saint-Charles
  • Les Rivières
  • Sainte-Foy–Sillery–Cap-Rouge
Pentadbiran
  JenisMajlis Bandar Raya Quebec
  Datuk bandarRégis Labeaume
  Menteri
Senarai menteri
  Ahli Majlis Negara
Senarai
Keluasan
  Ibu kota provinsi485.77 km2 (187.56 batu persegi)
  Tanah453.38 km2 (175.05 batu persegi)
  Bandar
427.66 km2 (165.12 batu persegi)
  Metro3,408.70 km2 (1,316.11 batu persegi)
Aras98 m (322 ft)
Penduduk
 (2016)[5]
  Ibu kota provinsi531,902 (ke−11)
  Kepadatan1,173.2/km2 (3,039/batu persegi)
  Bandar
705,103[9]
  Kepadatan bandar1,648.7/km2 (4,270/batu persegi)
  Metro800,296 (ke−7)
  Kepadatan metro234.8/km2 (608/batu persegi)
  Pop 2011–2016
3.0%
Zon waktuUTC−05:00 (EST)
  Musim panas (DST)UTC−04:00 (EDT)
Poskod
G1A hingga G2N
Kod-kod kawasan
  • 418
  • 581
  • 367
Laman sesawangwww.ville.quebec.qc.ca/en/
Tutup

Penyempitan Sungai Saint Lawrence berhampiran tanjung tinggi bandar raya Cap-Diamant (Tanjung Diamond), dan Lévis, di tebing yang bertentangan, memberikan nama kepada bandar raya Kébec, sepatah perkataan Algonquin yang membawa pengertian "di mana sungai menyempit". Diasaskan pada 1608 oleh Samuel de Champlain, Bandaraya Quebec ialah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara. Kubu yang mengelilingi Quebec Lama (Vieux-Québec) ialah satu-satunya tembok kota berkubu yang masih wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika dan telah pun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia 'Daerah Bersejarah Québec Lama' oleh UNESCO pada 1985.[15][16]

Pelbagai pesta diadakan setiap tahun, termasuklah Pesta Musim Panas, Karnival Musim Sejuk, dan pesta Château Frontenac, hotel yang menguasai latar langit bandar raya. Perhimpunan Kebangsaan Quebec, Musée national des beaux-arts du Québec (Muzium Negara Seni Halus Quebec), dan Musée de la civilisation (Muzium Peradaban) terletak berhampiran Vieux-Québec.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.