pejabat kerajaan di Negeri Sembilan, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) ialah sebuah agensi kerajaan negeri Negeri Sembilan yang menjadi badan induk dalam pembangunan, pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan negeri Negeri Sembilan. Ia diketuai oleh seorang pegawai kanan kerajaan yang dikenali sabagai Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.
ڤجابت ستياءوسها كراجأن نڬري سمبيلن | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1948 |
Jenis | Pentadbiran kerajaan negeri |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Ibu pejabat | Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia 2.726327°N 101.942225°E |
Moto | Transformasi Perkhidmatan Teras Kecemerlangan |
Eksekutif pentadbiran kerajaan negeri |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | www |
Peta | |
Pejabat ini ditubuhkan bersempena penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pertama, Encik Othman bin Mohamed[3]. Pada waktu itu bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan terletak berhampiran Taman Bunga Bandar Seremban dan berhadapan dengan Istana Hinggap, Seremban. Pada 16 April 1987, keseluruhan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah berpindah ke bangunan baharu yang berhampiran. Bangunan baharu ini yang dikenali sebagai Wisma Negeri, Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman[4] pada 26 September 1987.
Pentadbiran PSUKNS terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan. Bahagian Pembangunan terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Badan kawal Selia Air Negeri Sembilan, Bahagian Perumahan, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Bahagian Pengurusan pula terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Integriti, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Dewan Undangan Negeri, Majlis Sukan Negeri, Unit Korporat, Inovasi dn Kualiti, Unit Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol, Unit Audit Dalam dan Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan.
Hal ehwal pentadbiran dan pengurusan berkaitan perkhidmatan awam diuruskan dan diselaraskan oleh PSUKNS. Ia juga berperanan sebagai pakar runding dalam hal berkaitan pembangunan ekonomi serta merupakan perancang utama pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi sektor awam di Negeri Sembilan. Selain itu, PSUKNS turut menjadi penyelaras dan penghubung kepada agensi lain yang terdiri daripada jabatan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun serta Pihak Berkuasa Tempatan.[5]
Secara umumnya, sebagai agensi pusat bagi urusan pembangunan dan pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan awam negeri, PSUKNS melaksanakan lima fungsi utama seperti berikut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.