ketua jabatan kerajaan di Negeri Sembilan, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ialah ketua pentadbir utama bagi Kerajaan Negeri Sembilan. Jawatan ini dilantik oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi mengetuai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Penyandang jawatan terkini ialah Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim yang dilantik pada 6 Jun 2023 menggantikan Dato’ Seri Dr Razali bin Ab Malik.[1]
Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan | |
---|---|
Penyandang Mohd Zafir Ibrahim sejak 6 Jun 2023 | |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan | |
Gelaran | Yang Berhormat |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Institusi | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan |
Pusat | Wisma Negeri, Negeri Sembilan |
Dilantik oleh | Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia |
Tempoh jawatan | tidak ditentukan |
Penjawat sulung | Che Othman Mohamed (1 Februari 1948 - 27 Jun 1949) |
Dibentuk | 1 Februari 1948 |
Timbalan/naib | Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Setiausaha kerajaan negeri berperanan sebagai ketua pentadbir utama negeri. Beliau juga merupakan ketua pegawai perkhidmatan awam di Negeri Sembilan selain menjadi penasihat pentadbiran utama kepada Menteri Besar.
Setiausaha kerajaan negeri juga berperanan sebagai pengerusi jawatankuasa peringkat negeri bagi menyelaraskan agensi-agensi negeri, selain menjadi ahli jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri[2].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.