From Wikipedia, the free encyclopedia
Osmanthus[3] adalah genus dari sekitar 30 spesies tanaman berbunga yang termasuk dalam keluarga Oleaceae. Sebahagian besar spesies ini berasal dari Asia timur (Tanah Besar China, Jepun, Korea, Indochina, Himalaya, dll) tetapi ada juga beberapa spesies yang berasal dari Kaukasus, Nouvelle-Caledonie dan Sumatera.[1] Dua spesies dalam genus ini yang boleh didapati dalam rantau Nusantara ialah Osmanthus scortechinii di Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau Sumatera serta Osmanthus sumatranus di Sumatera sendiri.
Spesies paling terkenal dari genus ini adalah Osmanthus fragrans (Bahasa Cina: 桂花; pinyin: guìhuā) yang diambil bunganya dan dicampur seduh dengan daun teh hitam atau hijau, air seduhan ini (Bahasa Cina: 桂花茶; pinyin: guìhuāchá) digemari dalam perubatan tradisional Cina kerana dipercayai dapat meningkatkan corak kulit dan membantu membersihkan tubuh daripada sisa nitrogen monoksida yang dikaitkan dengan pembentukan barah, kencing manis, dan penyakit ginjal.[4]
Bunga Osmanthus melambangkan harga diri yang tinggi dan kehormatan dalam kalangan masyarakat Baba Nyonya kerana sebutannya mirip perkataan memberi maksud "mahal" (Cina Tradisional: 貴, Cina Ringkas: 贵, pinyin: guì);[5] motif gambaran bunga ini sering dinampakkan dalam hiasan pinggan mangkuk.[6][7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.