ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (lahir 12 Januari 1982) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia dan Ahli Parlimen Setiawangsa. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Yang Berhormat Nik Nazmi Bin Nik Ahmad | |
---|---|
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Huang Tiong Sii |
Didahului oleh |
|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Setiawangsa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Fauzi Zahari |
Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 22 Ogos 2014 – 15 November 2018 | |
Didahului oleh | Shamsul Iskandar Md Akin |
Digantikan oleh | Akmal Nasrullah Mohd Nasir |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 26 September 2014 – 9 Mei 2018 | |
Menteri Besar | Mohamed Azmin Ali |
Digantikan oleh | Shaharuddin Badaruddin |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Seri Setia | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Seripah Noli Syed Hussin |
Digantikan oleh | Shaharuddin Badaruddin |
Majoriti | 4,663 (2013) |
Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 21 Jun 2013 – 26 September 2014 | |
Didahului oleh | Haniza Mohamed Talha |
Digantikan oleh | Mohd Shafie Ngah |
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor | |
Dalam jawatan 26 Mac 2008 – 22 Jun 2010 | |
Menteri Besar | Abdul Khalid Ibrahim |
Didahului oleh | Karim Mansur |
Digantikan oleh | Faekah Hussin |
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 16 Ogos 2010 – 11 September 2013 | |
Didahului oleh | Jonson Chong |
Digantikan oleh | Fahmi Fadzil |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Lumpur, Malaysia | 12 Januari 1982
Parti politik | PH-PKR |
Pasangan | Dr. Imaan Abdul Rahim (k. 2005; c. 2019)[1] Noor Farah Rahim (k. 2021)[2] |
Anak | Nik Ilhan |
Tempat belajar | King's College London |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | www |
Beliau bersekolah di SRK La Salle Petaling Jaya dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di King’s College, University of London dalam jurusan undang-undang.
Di sekolah aktif sebagai pembahas Bahasa Melayu, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar 1997-1999. Beliau sebahagian daripada pasukan pembahas yang memenangi Piala Dato' Shukor Abdullah dan Piala Perdana Menteri. Pernah menjadi wakil ke Nadwah Kepimpinan Islam, Labu, Negeri Sembilan 1998 . Seterusnya menjadi Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, 2001.
Semasa di luar negara , beliau menjadi Naib Pengerusi. Majlis Tertinggi Pelajar-Pelajar Malaysia United Kingdom (UKEC), London, 2003 . Seterusnya Presiden Persatuan Alumni Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin 2003 . Pernah menjadi AJK Politik Mahasiswa, Federation of Students’ Islamic Societies United Kingdom (FOSIS), London, 2003-2005 dan Perwakilan King’s College London, National Union of Students, London 2005.[3]
Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kuala Lumpur menerima beliau bekerja di sana sebagai Eksekutif Perundangan dari Ogos 2005-Jun 2006. Kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima resume beliau untuk menjadi Setiausaha Sulit dari Jun 2006 hingga Mac 2008. [4] Beliau menjadi penulis diari merah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Azmin Ali.[perlu rujukan]
Beliau merupakan blogger / penggiat internet yang cukup menarik dalam media Malaysia. Artikel beliau memberi kelainan tersendiri dan dihargai ramai . Webzine / blog beliau ialah di Suaraanum.com Diarkibkan 2013-04-09 di Wayback Machine.
Beliau merupakan Pengarah Eksekutif, Open Dialogue Centre, Kuala Lumpur.
Beliau menjadi pengasas dan koordinator, Pusat Tuisyen UPSR Sukarela Desa Mentari, Kelana Jaya, 2007. Pernah menjadi penyumbang dan pengulas di pelbagai media seperti BBC World Service, Channel News Asia, The Edge & The Sun.
Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan, Bahagian Kelana Jaya, 2006 hingga kini. Beliau merupakan salah seorang daripada AJK Angkatan Muda KeADILan Pusat, Exco & Timbalan Ketua Biro Penggemblengan Belia, Wanita & NGO, 2007-kini.[5]
Nik Nazmi dilantik Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor pada Mac 2008 dan meletak jawatan pada Jun 2010. Beliau dilantik sebagai Pengarah Komunikasi KeADILan pada Ogos 2010 sehingga September 2013, dan kemudiannya digantikan oleh Nurul Izzah Anwar .[6]
Pada 22 Ogos 2014, Nik Nazmi menang kerusi Ketua Pemuda PKR . Namun 14 daripada 16 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya . Beliau berjaya menewaskan Amirudin Shari dan Mohd Nazree Mohd Yunus dengan undi tipis dalam pengiraan semula undi di kawasan Pensiangan, Sabah. Nik Nazmi mendapat 509 undi sementara Amirudin (Adun Batu Caves) memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi. Kes hampir sama apabila Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai ketua selepas ketua waktu itu Mohamad Ezam Mohd Nor meninggalkan parti. Pemilihan PKR 2014 menyaksikan insiden pergaduhan dan beberapa ahli cedera.[7][8]
Pada 6 Mei 2014, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan bekas Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan haram Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 17 Mei 2013.Hakim Yasmin Abdul Razak menerima permohonan peguam, N. Surendran atas alasan Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskannya daripada dakwaan sama. [9]
Pada 25 April 2014, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis (10 hari lebih awal), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.[10]
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof , Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara melepas dan membebaskan Nik Nazmi (32 tahun) di samping mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia bercanggah dengan Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 302 Kanun Tatacara Jenayah.[11]
Projek Mentari adalah hasil idea Nik Nazmi Nik Ahmad. Ia sepatutnya untuk menggalakkan aktiviti pembelajaran alternatif bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah di Desa Mentari, Petaling Jaya. Desa Mentari dipilih sebagai lokasi penanda aras kerana terdapat kanak-kanak terpaksa berdepan masalah sosial yang melampau, kekangan kewangan kepada isu-isu keselamatan asas dan juga masalah keluarga yang serius. Projek Mentari aktif dan dana program meningkat.[12][13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.